Abdullah ibn Mas'ud

Abdullah ibn Mas'ud (Arab: عبدالله بن مسعود) merupakan seorang pemuda yang berasal dari kota Makkah. Beliau adalah orang yang keenam yang masuk ke dalam agama Islam dan wafat pada 633M.

Kehidupannya sunting

Pada masa remajanya Abdullah merupakan seorang penggembala kambing. Setelah kejujurannya dikenalpasti oleh Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar, Abdullah menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai pembantu peribadi baginda.

Ketika menuntut ilmu, Abdullah amat tekun sehingga baginda bersabda dalam hadithnya yang bermaksud :

"Pelajarilah Al-Quran daripada empat orang ini iaitu Abdullah ibn Mas'ud, Salim Maula Abi Huzaifah, Ubay ibn Ka'ab dan Muaz ibn Jabal".

Jasa dan perjuangannya sunting

Memegang jawatan sebagai pentadbir awam di masa pemerintahan Umar Al-Khattab dan Uthman bin Affan. Bakat kepimpinannya setanding dengan seorang lagi sahabat Nabi yang terkemuka iaitu Muhammad ibn Maslamah.