Abhishek Bachchan (Hindi: अभिषेक बच्चन, lahir 5 Februari 1976) merupakan seorang pelakon dan penerbit filem India. Beliau ialah anak kepada Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan dan berkahwin dengan pelakon dan bekas Miss World Aishwarya Rai.

Abhishek Bachchan
Bachchan pada 2015.
Kelahiran (1976-02-05) 5 Februari 1976 (umur 48)
PekerjaanPelakon, penerbit
Tahun aktif2000–kini
Ketinggian1.88 m (6 ka 2 in)
PasanganAishwarya Rai (k. 2007)
Anak-anakAaradhya Bachchan
Ibu bapaAmitabh Bachchan (bapa)
Jaya Bachchan (ibu)
SaudaraShweta Bachchan (kakak)
Tandatangan

Abhishek bersekolah di Sekolah Jamnabai Narsee, Sekolah Scotland Bombay di Mumbai, Sekolah Moden di Vasant Vihar, New Delhi dan Kolej Aiglon. Beliau kemudiannya pergi ke Amerika Syarikat untuk menamatkan pengajiannya di Universiti Boston. Abhishek mula menceburi dalam bidang lakonan pada tahun 2000 dan mencapai kemasyuran pada tahun 2004.[1][2]

Kehidupan peribadi sunting

Pada Oktober 2002, Bachchan mengumumkan pertunangannya dengan Karisma Kapoor tetapi pertunangan tersebut berakhir pada Januari 2003.[3] Kemudian pada 14 Januari 2007 Bachchan mengumumkan tarikh pertunangannya dengan Aishwarya Rai.[4]

Pada 20 April 2007, Abhishek mengahwini Aishwarya Rai mengikut upacara tradisional Hindu. Perkahwinan ini diadakan secara tertutup di kediaman Bachchan, Prateeksha di Juhu, Mumbai.[5]

Pada 16 November 2011, Rai melahirkan seorang anak perempuan dan isu ini telah menjadi hangat di seluruh dunia. Keluarga Bachchan mengatakan bahawa ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan foto palsu mengenai Aishwarya iaitu gambar Aishwarya bersama anaknya di hospital di Internet dan Facebook. Bachchan kemudian mengatakan bahawa foto Aishwarya bersama anaknya akan diedarkan di media sebaik sahaja menantunya kembali ke rumah daripada hospital.

Filemografi sunting

Diskografi sunting

Single sunting

Muncul dalam
  • 2005: "Right Here Right Now : Bluffmaster!" (Sunidhi Chauhan feat. Abhishek Bachchan)
  • 2015: "Until the Sun Comes Up" (Raghav feat. Abhishek Bachchan & Nelly)

Rujukan sunting

  1. ^ "Aishwarya Rai Bachchan and Abhishek Bachchan 10th wedding anniversary: A look at their love story". 28 July 2017. Dicapai pada 28 July 2017.
  2. ^ "Did Aishwarya Rai Bachchan Really Ever Marry A Tree?". HuffPost India (dalam bahasa Inggeris). 7 September 2016. Dicapai pada 16 May 2018.
  3. ^ "17 flops set me straight". Headlines Today. Dicapai pada 15 October 2010.
  4. ^ "Abhishek details his love story with Aishwarya". Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2012. Dicapai pada 25 January 2012.
  5. ^ "It was sudden...but this is the 21st century, one must be prepared". The Indian Express. 16 January 2007. Dicapai pada 9 January 2013.

Pautan luar sunting