Abi, Perlis
Abi merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di mukim Abi, negeri Perlis, Malaysia.[1][2]
Abi | |
---|---|
Pekan | |
Koordinat: 6°29′22.8″N 100°11′56.2″E / 6.489667°N 100.198944°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perlis |
Mukim | Mukim Abi |
Pentadbiran | |
• Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kangar |
Poskod bagi Abi ialah 01000.[3]
Geografi sunting
Abi merupakan sebuah pekan kecil di mukim Abi, Perlis. Antara kampung-kampung yang berdekatan ialah Kampung Kubang Badak, Kampung Abi Padang Machang dan Kampung Kechor. Abi juga merupakan pusat bagi mukim Abi kerana kedudukannya yang terletak di tengah mukim Abi dan menjadi kawasan tumpuan ekonomi bagi penduduk mukim Abi.[1]
Kemudahan sunting
Pendidikan sunting
Terdapat beberapa sekolah di Abi seperti Sekolah Kebangsaan Abi[4] dan Sekolah Menengah Kebangsaan Abi yang terletak di Kampung Kubang Badak. Terdapat juga sebuah perpustakaan desa yang menjadi pusat sumber maklumat bagi penduduk sekitar Abi.
Rumah ibadat dan sektor kesihatan sunting
- Masjid Al-Imarah
- Klinik Desa Abi Batas Paip