Abjad Turkik Kuno ialah abjad yang digunakan oleh golongan Göktürk dan orang kekhanan Turkik awal lain pada kurun ke-8 hingga ke-10 untuk merekod bahasa Turkik Kuno.[1] Tulisan ini dinamakan sempena Lembah Orkhon di Mongolia, dan tulisan awal kurun ke-8 ini ditemui pada ekspedisi pada tahun 1889 oleh Nikolai Yadrintsev.

Transkripsi sebahagian daripada tulisan Bilge Kağan (baris 36-40)

Berdasarkan beberapa sumber, abjad Orkhon diterbitkan daripada sejenis abjad Aramaic, khususnya melalui abjad Pahlavi dan Sogdia, seperti yang dicadangkan oleh Vilhelm Thomsen atau melalui Kharosthi. Penerangan lain untuk asal-usul tulisan ini ialah terbitan daripada huruf Cina seperti yang dicadangkan oleh Vilhelm Thomsen pada tahun 1893. Kosa kata Turkik Kuno merangkumi 200 tulisan, termasuk bahan daripada beberapa manuskrip. Tulisan ini yang bertarikh dari kurun ke-7 hingga ke-10 ditemui di Mongolia pada masa kini, di lembangan Yenisey atasan di Siberia Selatan tengah, serta sedikit lagi di Gunung Altai dan di Xinjiang.

Sebagai satu lagi penjelasan untuk asal usul tulisan ini selain daripada terbitan tamga, terbitan alternatif daripada huruf Cina dicadangkan oleh Vilhelm Thomsen pada tahun 1893. Tulisan Turkik yang bertarikh lebih awal daripada tulisan Orkhon menggunakan kira-kira 150 simbol, dan ini mencadangkan bahawa tamga asalnya menyerupai tulisan Cina dan kemudiannya ditukar menjadi abjad. Namun, sumber Cina moden dengan bukti berlainan tidak dapat menentukan sama ada golongan Turk memiliki bahasa yang bertulis pada kurun ke-6 atau tidak.

Oleh sebab Turkik Kuno ialah sebuah bahasa sinharmonik, beberapa huruf konsonan dibahagikan kepada 2 "set sinharmonik", iaitu 1 untuk vokal depan dan selainnya adalah untuk vokal vokal belakang. Vokal sebegini boleh dianggap penting bagi huruf konsonan, yang memberi ciri tulisan abugida kepada huruf Turkik Kuno. Jenis tulisan ini dijumpai dari Mongolia dan di timur Xinjiang, sehingga kawasan Balkan di barat. Tulisan terpelihara ditarikhkan di antara kurun ke-8 dan ke-10. Blok Unikod untuk Turkic Kuno ialah U+10C00–U+10C4F. Kod ini disertakan ke dalam piawai unikod pada Oktober 2009 dengan pelaksanaan versi 5.2.

Jadual huruf sunting

Vokal

Orkhon Transliterasi Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA)
  a, e /ɑ/, /e/
  ı, i /ɯ/, /i/
  o, u /o/, /u/
  ö, ü /ø/, /y/

Konsonan: Set sinharmonik

Vokal belakang Vokal depan
Orkhon Transliterasi AFA Orkhon Transliterasi AFA
  /b/   /b/
  /d/   /d/
  /ɣ/   /ɡ/
  /l/   /l/
  /n/   /n/
  /r/   /r/
  /s/   /s/
  /t/   /t/
  /j/   /j/
  q /q/   k /k/
  oq, uq, qo, qu, q /oq/, /uq/, /qo/, /qu/, /q/   ök, ük, kö, kü, k /øk/, /yk/, /kø/, /ky/, /k/

Dalam jadual di atas, nombor kecil 1 dan 2 digunakan untuk menunjukkan simbol konsonan yang digunakan untuk vokal belakang dan depan.

Rujukan sunting

  1. ^ Scharlipp, Wolfgang (2000). An Introduction to the Old Turkish Runic Inscriptions. Verlag auf dem Ruffel, Engelschoff. ISBN 978-3-933847-00-3.