Ablasi ialah pembuangan bahan daripada permukaan sesuatu objek melalui pengewapan, penyerpihan, atau proses-proses penghakisan lain. Contoh-contoh bahan ablasi termasuklah bahan kapal angkasa untuk pendakian dan kemasukan semula atmosfera, air batu dan salji dalam glasiologi, tisu-tisu biologi dalam perubatan dan bahan-bahan perlindungan api pasif.

Fail:Ablation of quartz glass in a flashtube.JPG
Ablasi dekat dengan elektrod di dalam tiub kilat. Lengkung elektrik bertenaga tinggi perlahan-lahan menghakis kaca, meninggalkan penampilan beribun.

Biologi sunting

Ablasi biologi adalah pembuangan struktur atau fungsi biologi.

Ablasi genetik adalah istilah lain untuk penyenyapan gen, iaitu apabila ekspresi gen dihapuskan melalui perubahan atau penghapusan maklumat urutan genetik. Dalam ablasi sel, sel individu dalam populasi atau budaya dihancurkan atau dibuang. Kedua-duanya boleh digunakan sebagai alat eksperimen, seperti dalam eksperimen kehilangan fungsi.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting