Abraj Kudai ialah sebuah hotel di Mekah, di Arab Saudi kini sedang dibina dan dirancang untuk dibuka pada tahun 2017. Apabila siap, ia akan menjadi hotel terbesar di dunia, yang terdiri daripada 12 menara yang setinggi 45 tingkat, dengan 10,000 buah bilik tidur, 70 buah restoran, dan empat buah landas helikopter di samping terdapat lima tingkat semata-mata untuk keluarga diraja Arab.[1] Menurut Arabian Business, 10 buah menara akan menyediakan penginapan empat bintang, sementara dua buah menara yang lain akan dikhaskan untuk pelanggan istimewa dengan menawarkan kemudahan lima bintang.[2][3]

Abraj Kudai
Map
Maklumat umum
LokasiMakkah, Arab Saudi

Anggaran pembiayaan projek yang akan menjangkau kira-kira 1.4 juta meter persegi ialah $3.5 bilion.[4] Firma yang bertapak di London, Areen Hospitality telah dikontrakkan untuk mereka bentuk hotel dan bahagian dalam bilik.[5]



Rujukan sunting

  1. ^ Oliver Wainwright (22 May 2015). "City in the sky: world's biggest hotel to open in Mecca". The Guardian. Dicapai pada 22 May 2015.
  2. ^ "Luxury hotel in Saudi Arabia to become world's largest hotel". Yahoo!. 20 May 2015. Dicapai pada 22 May 2015.
  3. ^ Natalie Paris (20 May 2015). "World's largest hotel to be built in Mecca". The Daily Telegraph. Dicapai pada 22 May 2015.
  4. ^ Marnie Hunter (21 May 2015). "World's largest hotel coming to Mecca". CNN. Dicapai pada 22 May 2015.
  5. ^ "Luxury hotel in Saudi Arabia to become world's largest hotel". Yahoo!. 20 Mei 2015. Dicapai pada 22 Mei 2015. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)