Abseiling

menurun secara terkawal menggunakan tali

Abseil (/ˈæbsl/ atau /ˈɑːpzl/; daripada Jerman abseilen, bermaksud "menakik turun"), juga dipanggil rappel (rappelling) selepas nama Perancis, ialah mengawal penurunan ke bawah paras yang hampir menegak, seperti permukaan tebing batu, dengan menggunakan tali ganda yang melingkar di sekitar tubuh dan dipasang ke beberapa titik yang lebih tinggi.

Abseiling menggunakan alat belay.
Panorama sekilas masa seorang pendaki tebing yang sedang menakik turun dengan tali.

Abseiling ada satu kaedah aktiviti penurunan menegak (atas ke bawah) di permukaan tertentu dengan menggunakan tali dan peralatan keselamatan tertentu. Aktiviti abseiling ini merupakan salah satu kemahiran dalam sesuatu perjalanan pendakian pergunungan (mountaineering).

Pendaki menggunakan teknik ini apabila tebing atau cerun terlalu curam dan/atau merbahaya untuk turun tanpa perlindungan. Ramai pendaki menggunakan teknik ini untuk melindungi penambat yang sedia ada daripada rosak. Juruteknik akses tali juga menggunakan cara ini sebagai kaedah mengakses kawasan yang sukar dicapai dari puncak untuk pelbagai aplikasi industri seperti penyelenggaraan, pembinaan, pemeriksaan dan kimpalan. Pasukan penyelamat juga diketahui menggunakan kaedah ini sebagai satu cara mengakses mangsa tercedera atau terkandas.

Rujukan dan nota kaki sunting

Pautan luar sunting

Templat:Climbing-nav Templat:Sukan ekstrim