Kumpulan Abstrak merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang anak muda yang berasal dari ipoh, Perak. Anggota tersebut adalah terdiri daripada Ramli (penyanyi utama), Roy (pemain dram), Roslan (pemain bass) dan Remie (pemain gitar utama). Kumpulan ini telah menandatangani kontrak bersama syarikat Amanah Rekod yg dimiliki bersama oleh Joey BPR & Izam Medicine pada tahun 1989. Album kumpulan Abstrak difahamkan akan diterbitkan oleh penyanyi terkenal iaitu Hattan pada ketika itu.

Abstrak
GenreRock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1989-1991
Pengkarya berkait
Berkumpulan

Kumpulan Abstrak mulai mencipta nama sekitar pada tahun 1989-1991.

Pengenalan sunting

Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan seperti Juara Rock, Festival Rock dan Battle Of The Bands 1 & 2.

 
Album hasil Battle Of The Band 1.
 
Album hasil Battle Of The Band 2.

Pertandingan kumpulan rock kebangsaan yang pertama diadakan di Malaysia adalah pertandingan Juara Rock 1983. Dalam pertandingan ini, ia telah dimenangi oleh D'Febians dan The Lefthanded. Berikutan dengan sambutan hangat oleh golongan pemuda, pada tahun berikutnya, ia diikuti dengan pertandingan Juara Rock 1984. Dalam pertandingan Juara Rock 1984, The Burnmarks menggondol tempat pertama, Hurricane dari Johor Bahru menggondol tempat kedua, dan tempat ketiga oleh kumpulan Gersang.

Berikut dengan sambutan hangat dari pertandingan Juara Rock ini turut menggalakkan pertandingan rock lain diadakan seperti Festival Rock 1984 yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Gagasan Juara-Juara Rock ini secara langsung telah menggalakkan semakin banyak kumpulan pemuzik rock ditubuhkan. Bidang muzik rock di Malaysia semakin hebat dan memuncak dengan kehadiran Gagasan Battle Of The Bands 1 & 2 (1986-1987).

Perkembangan muzik rock yang semakin hebat mencetuskan beberapa siri pertandingan rock seperti Clash Of The Bands, War Rock 1 hingga 4, Gagasan Batu-Batu Perjuangan, Gagasan Hikayat Rok (yang di anjur oleh papa Ali (Ali Bakar ')), Juara Kumpulan Muzik Tenggara 88, Juara Rock Galactica, dan Pesta Hiburan Kingsway. Bagaimanapun imej rock tercalar dengan kejadian mengamuk di tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 semasa Battle Of The Bands.

Penampilan kumpulan-kumpulan rock yang berambut panjang mencetuskan bantahan daripada masyarakat umum dan mendorong kepada pihak kerajaan menghadkan penampilan imej yang dianggap tidak sesuai daripada saluran media kerajaan bermula pada tahun 1988. Langkah ini termasuk tidak membenarkan kumpulan yang berpakaian tidak rapi atau berambut panjang ditonjolkan dalam media kerajaan seperti Radio & TV RTM, kecuali sekiranya mereka bersedia memotong rambut dan berpakaian kemas. Langkah ini dikenali sebagai digam RTM oleh masyarakat umum.

Bagaimanapun, saluran media swasta tidak dihalang daripada menyiarkan dengan kumpulan muzik ini. Ini adalah kerana kerajaan berpendapat, media kerajaan tidak seharusnya terbabit atau digunakan bagi menggalak unsur-unsur negetif. Sehubung dengan itu, media swasta seperti TV 3 menjadi saluran utama bagi pemuzik rock untuk mengasah bakat. Sebagai contoh kumpulan seperti Search, MAY dan Mega muncul di peringkat akhir Juara Lagu anjuran TV3.

Di samping itu, ramai pemuzik rock Malaysia bertukar ke arena "underground". Tanpa siaran TV ataupun radio, kumpulan rock seperti Cromok, FTG dll masih berjaya mengumpul peminat.

Filem terbaik yang berjaya menampilkan muzik rock 80-an versi Malaysia adalah tidak lain daripada filem Rock (Disember 2005) oleh Mamat Khalid.

Maklumat-maklumat tambahan lain juga boleh didapati di http://www.lagendarock.com Diarkibkan 2020-10-28 di Wayback Machine

Daftar Gagasan Rock Malaysia sunting

  • Juara Rock (1983)
  • Juara Rock (1984)
  • Festival Rock (1984)
  • Battle Of The Bands 1 (1986)
  • Clash Of The Bands 1 (1986)
  • War Rock 1 (1986)
  • Battle Of The Bands 2 (1987)
  • Clash Of The Bands 2 (1987)
  • War Rock 2 (1987)
  • War Rock 3 (1988)
  • Hikayat Rok 88 (1988)
  • Kumpulan Muzik Tenggara (1988)
  • Pancakara Di Cakerawala (1988)
  • Batu-Batu Perjuangan (1988)
  • Clash Of The Bands 3 (1988)
  • Rock Galactica 88 (1988)
  • Pesta Hiburan Kingsway  ????

Ahli-ahli sunting

Diskografi sunting

Album sunting

Lagu-lagu sunting

Pautan luar sunting