Abu Bakar Abdullah

Datuk Seri Abu Bakar Abdullah pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan terakhir sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) (2010-2012). Beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.

Beliau yang mula berkhidmat pada 19 Sept 1977 sebelum ini pernah menjawat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Wilayah Persekutuan; Jabatan Perdana Menteri dan di Kementerian Pertahanan.

PendidikanSunting

Abu Bakar berkelulusan ijazah Sarjana dalam bidang Pengajian Antarabangsa daripada Universiti Denver, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah daripada Universiti Malaya.

JPASunting

Mulai 1 Julai 2010 Abu Bakar menjadi Ketua Pengarah JPA. Lantikan itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan.Beliau menggantikan Tan Sri Ismail Adam.Pelantikan Abu Bakar selaras dengan peruntukan Perkara 144(3) Perlembagaan Persekutuan iaitu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri Malaysia.Beliau banyak pengalaman, kepakaran dan kewibawaannya bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan awam melalui pelbagai pembaharuan dan pendekatan.

Antara tugas di JPA ialah merealisasikan matlamat Teras Strategik keempat Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) iaitu membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. [1]

Pada 1 Julai 2012, perkhidmatan Abu Bakar Abdullah di JPA ditamatkan dan jawatannya dipangku oleh timbalannya, Datuk Farida Mohd Ali. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menyatakan bahawa kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai. [2]

RujukanSunting