Abu Bakar Abdullah (Terengganu)

Haji Abu Bakar bin Abdullah (meninggal dunia: 9 September 2021) ialah ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia yang pernah menjadi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu pada 1999-2004.

Dr

Abu Bakar Abdullah

Ph.D
أبو بكر عبد الله
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Tepuh
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Abdullah @ Wahab Said
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Muhammad Ramli Nuh
Majoriti344 (1999)
3,057 (2004)
Butiran peribadi
Lahir29 Mei 1952
Kampung Gemuroh, Tepoh, Kuala Terengganu
Meninggal dunia9 September 2021
Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Parti politikPAS logo.svg Parti Islam Se-Malaysia
PasanganTengku Aminah Tengku Ali
Alma materUniversiti Kebangsaan Malaysia
PekerjaanAhli politik, Pendidik

Latar belakangSunting

Abu Bakar dilahirkan pada 29 Mei 1952 di Kampung Gemuroh, Tepoh, Kuala Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Gemuroh (1959-1964). Selepas tamat pengajian rendah, Abu Bakar menyambung pelajarannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu. Seterusnya beliau melanjutkan lagi pelajarannya di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok, Kuala Terengganu. Pada tahun 1971 pula, beliau menyambung pengajian di Kolej Islam Klang, Selangor selama dua tahun.

Pada tahun 1973, Abu Bakar menyambung pengajian di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada tahun 1977, Abu Bakar berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah beserta Diploma Pendidikan di UKM. Abu Bakar menyambung kembali pengajiannya di UKM pada tahun 1980, dalam jurusan Syariah Islam dan Undang-undang Malaysia. Beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam jurusan tersebut pada 1983. Tesisnya bertajuk “Ke arah Perlaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia: Masalah dan Penyelesaiannya”, telah dibukukan pada tahun 1984[1]. Ijazah Kedoktoran (PhD) diperolehi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)[2].

Mengasas Institut BerakanSunting

Pada tahun 1977, Abu Bakar Abdullah menubuhkan Institut Berakan bersama empat orang rakannya, iaitu Abu Bakar Chik, Abdul Rashid Omar, Safinah Jusoh dan Raja Hindun binti Raja Abdul Rahman. Ia mula beroperasi secara tidak rasmi pada 20 September 1976, dan secara rasmi pada 16 Januari 1977.

Penglibatan dalam politikSunting

Abu Bakar mengambil keputusan menyertai PAS secara rasmi pada tahun 1983, serentak dengan bermulanya era kepimpinan ulamak dalam PAS. Setahun kemudian beliau dilantik menjadi Setiausaha PAS Kawasan Kuala Nerus dan juga Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Tepoh. Pada tahun 1986-1991, beliau terpilih sebagai AJK Dewan Pemuda PAS Pusat dan menjadi Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pusat. Pada zaman pentadbiran beliau, PASTI mula memiliki buku teksnya sendiri.

Keputusan pilihan rayaSunting

Dewan Undangan Negeri, Terengganu[3][4]
Tahun Kawasan Nama Undi Lawan Undi Majoriti
1986 N9 Tepuh Abu Bakar Abdullah PAS 2,558 Abdul Rashid Muhammad BN-UMNO 4,629 2,071
1990 N9 Tepuh Abu Bakar Abdullah PAS 3,924 Abdullah @ Wahab Said BN-UMNO 4,966 1,042
1995 N9 Tepuh Abu Bakar Abdullah PAS 5,079 Abdullah @ Wahab Said BN-UMNO 4,735 344
1999 N9 Tepuh Abu Bakar Abdullah PAS 6,952 Hassan Ali BN-UMNO 3,895 3,057
2004 N9 Tepuh Abu Bakar Abdullah PAS 6,809 Muhammad Ramli Nuh BN-UMNO 7,583 774
2008 N9 Tepuh Abu Bakar Abdullah PAS 8,025 Muhammad Ramli Nuh BN-UMNO 8,455 430

Menjadi EXCO Negeri TerengganuSunting

Pada 2 Disember 1999, Abu Bakar Abdullah telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan[5].

RujukanSunting

  1. ^ Mohd Nasir Awang (Ogos 2000). "Bab 13, Bahagian C: Profil Pimpinan Terengganu". Masa Untuk Tok Guru Buktikan - PAS Mampu Pimpin Malaysia. Gombak: Penerbitan Pemuda.
  2. ^ "Enam Penerima Anugerah Tokoh Istiqamah". TRDI. 17 September 2018. Dicapai pada 29 September 2021.
  3. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  5. ^ Abu Bakar Abdullah (2012). Kerajaan PAS Terengganu 1999-2004: Dasar dan Perundangan. Kuala Lumpur: Jundi Resources. m/s. 20. ISBN 978-967-5968-31-0.