Dato' Seri Abu Bakar bin Baginda Bendang (3 November 1899 – 13 Disember 1972) ialah mantan Menteri Besar Selangor (1959–1964) menggantikan Tan Sri Abdul Jamil Abdul Rais yang dilantik menjadi Ketua Setiausaha Kementerian kewangan (Perbendaharaan).[1]


Abu Bakar Baginda

SPMS, DPMS, JP (Selangor)
Menteri Besar Selangor ke-8
Dalam jawatan
30 Mei 1959 – 18 Mac 1964
RajaSultan Hisamuddin Alam Shah
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Didahului olehAbdul Jamil Abdul Rais
Digantikan olehHarun Idris
Butiran peribadi
Lahir(1899-11-03)3 November 1899
Meninggal dunia13 Disember 1972(1972-12-13) (umur 73)
Kajang, Selangor
Parti politikParti Perikatan (UMNO)
PasanganDatin Seri Siti Zahrani Sutan Jenain

Keluarga sunting

Isteri pertama ialah Datin Siti Zahrani Sutan Jenain dan isteri kedua ialah Nordinah binti Abdol. Sutan Jenain dari Sumatera (sekarang bahagian dari Indonesia) adalah pejuang kemerdekaan Sumatera/Indonesia yang melarikan diri ke Malaysia. Isterinya Siti Zahrani meninggal dunia pada 21 September 1972 di Kuala Lumpur, kerana Bronchopneumonia.


Antara anaknya ialah Puan Sri Siti Zainab Dato' Abu Bakar, Kamaruddin Dato Abu Bakar, Zainuddin Abu Bakar, Zainal Abu Bakar, Khairuddin Abu Bakar, Mohd Zabidin Abu Bakar, Suriya Abu Bakar, Puan Sri Zaidah Abu Bakar, Zainal Abidin Abu Bakar dan Zarina Abu Bakar. Anaknya Zainab meninggal dunia di Petaling Jaya pada 20 November 2001. Suami Zainab ialah Tan Sri Abdul Kadir bin Shamsuddin.


Pendidikan dan kerjaya sunting

Beliau mendapat pendidikan di Victoria Institution , Kuala Lumpur. Pada 1917 menjadi kerani kewangan di Selangor. 1919 dilantik menjadi Inspektor polis bagi Persekutuan Tanah Melayu dan dinaik pangkat menjadi ASP dan ACP dan bersara dari polis pada 1953.

Menteri Besar Selangor sunting

Mula aktif dalam politik UMNO pada 1948 di Hulu Langat bangkit menentang Malayan Union. Pada 1953 dlantik sebagai Ketua Bahagian UMNO Hulu Langat. Dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955 beliau menang di Sepang dan dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang pertama. Tahun 1959 beliau menang lagi di Sepang.Pilihan raya 1959 tidak diadakan serentak tetapi berperingkat-peringkat. Di Selangor diadakan pada 30 Mei 1959. Oleh itu Tunku Abdul Rahman setuju melantik beliau menjadi Menteri Besar Selangor (30 Mei 1959- 24 April 1964). Semua ketua UMNO menjadi menteri besar kecuali Selangor, Timbalan Ketua UMNO dilantik menjadi Menteri Besar.[2]

Mengenang jasa sunting

Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda di Sungai Merab,Sepang adalah sempena nama beliau. Sekolah ini berhadapan dengan Gate 1, ke Putrajaya. Balai Polis Komuniti Dato Abu Bakar Baginda, Sekolah Rendah Agama Dato' Abu Bakar Baginda dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda juga diambil sempena nama beliau.

Begitu juga dengan Kampung Dato' Abu Bakar Baginda di Jalan Sungai Merab merupakan sebuah perkampungan Melayu tradisional yang kekal begitu sehingga kini. Nama asal kampung ini ialah Batu Batu 2, Air Hitam, Sepang. Selaku menteri besar, Abu Bakar Baginda telah mengurniakan tanah seluas 30 ekar kepada penduduk keturunan Jawa di situ. Mereka asalnya bekerja di Ladang Perang Besar, Ladang Sedegly dan ladang West Country.[3]

Jalan Dato Abu Bakar 16/1, Petaling Jaya, Selangor juga sempena nama beliau.

Meninggal dunia sunting

Beliau meninggal dunia di Kajang pada 13 Disember 1972 kerana 'Myocardial Infraction' di Hospital Kajang, Kajang,Selangor.

Rujukan sunting

  1. ^ Dialog dengan pemimpin. Yusuf Harun, Penerbitan Pena, 1986 - Malaysia - 387 pages
  2. ^ Tun Abdul Razak: potret dalam kenangan oleh Yayasan Tun Razak, 203
  3. ^ "Sejarah axsal Kampung Dato Abu Bakar Baginda". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-07. Dicapai pada 2011-11-13.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Selangor
19591964
Penyandang Kemudian
Abdul Jamil Harun bin Idris