Abu Bakar Ellah, A.S.D.K , merupakan salah seorang artis yang terkenal di Malaysia dan berasal dari Sabah. Beliau mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, pelakon, penulis lirik, komposer serta pemuzik.

Abu Bakar Ellah
Kelahiran1958 (umur 63-64)
Kampung Pinangah, Kinabatangan, Sabah
Nama lainAmpal
Pekerjaan
Tahun aktif1995-kini

Di peringkat nasional, nama Abu Bakar Ellah lebih dikenali ramai sejak muncul sebagai pemenang ketiga Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran TV3 pada tahun 1995. Beliau pernah memenangi tempat pertama menerusi lagu Warkah Dari Gunung nyanyiannya dalam Sayembara Mencipta Lagu dan Lirik Puisi 2000 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah.

Beliau telah menerbitkan sebuah Telemovie pertama di Sabah iaitu bertajuk Orang Kita.

Urang kita, kita urangg.

Anugerah dan pencapaian sunting

- Pelakon Lelaki Popular, Anugerah Khas Lakonan - Anugerah Artis Tempatan Sabah PERTISA 2008

Lagu Popular sunting

- Menggatal Telipok

- Orang Kita

- Silik-Silikan Do Mato Nu


Rujukan sunting


Bacaan lanjut sunting