Abu Bakar Harun

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Dato’ Sri Abu Bakar bin Haji Harun[1] (1960 – 6 Mei 2020) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Pahang. Beliau ialah bekas EXCO Hal Ehwal Felda Pahang di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang yang disandang dari tahun 2013 hingga tahun 2018. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sejak tahun 2004 sehingga kematian beliau pada tahun 2020.

Yang Berhormat Dato’ Sri

Abu Bakar Harun

SSAP. DIMP. SMP.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
Dalam jawatan
2013–2018
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang
untuk Chini
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 6 Mei 2020
Digantikan olehMohd Sharim Md Zain
Majoriti
Butiran peribadi
LahirAbu Bakar bin Harun
1960
Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia (umur 59)
Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik (1983–2020)
PasanganDatin Seri Razana Fatin Abdullah@Razali
Anak-anak2

Kehidupan sunting

Beliau berkelulusan Sijil Perakaunan dari Maktab Kerjasama Malaysia.[2] Beliau juga merupakan Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif di Felda Global Ventures Holdings Berhad.[3]

Beliau telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan pertamanya dan empat orang cucu.[2][4]

Keperibadian sunting

Beliau disifatkan sebagai seorang "pemimpin yang baik" dan "mesra" oleh penduduk di sekitarnya.[5]

Kerjaya politik sunting

Beliau menyertai parti UMNO pada tahun 1983.[6]

Beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU-11) pada tahun 2004 di bawah parti UMNO bagi kerusi Chini dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang lalu menang dengan undian sebanyak 6,664 dengan majoriti 4,005 daripada 11,365 orang pengundi. Beliau terus bertanding bagi pilihan-pilihan raya berikutnya lalu mempertahankan kerusi beliau dalam PRU-12 (undian: 7,398, majoriti: 4,524, jumlah pengundi: 12,857), PRU-13 (undian: 11,829, majoriti: 7,675, jumlah pengundi: 19,247) dan PRU-14 (undian: 10,027, majoriti: 4,622, jumlah pengundi: 21,251).[7]

Beliau turut menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Pahang di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang dari tahun 2013 hingga tahun 2018 semasa Datuk Seri Adnan Yaakob merupakan Menteri Besar Pahang ketika itu.[2][8]

Kematian sunting

Pada malam Rabu 6 Mei 2020 M bersamaan 13 Ramadan 1441 H, beliau telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada kira-kira pukul 11.55 malam akibat serangan jantung.[2][4][9] Beliau dilaporkan telah jatuh ketika di Bangsar untuk mengambil barang setelah selesai menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur.[6] Berita kematian tersebut telah diumumkan oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail iaitu Menteri Besar Pahang.[10] Jenazah beliau telah dilawati oleh Setiausaha Agung UMNO iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak[11] sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Felda Chini untuk dikebumikan.[12] Pengebumian tersebut selesai pada pukul 2.30 petang serta dihadiri oleh Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.[4]

Susulan kematian beliau, sebuah pilihan raya kecil dilaksanakan bagi mengisi kekosongan kerusi beliau.[13][14] Pegawai beliau, Mohd Sharim Md Zain telah mememangi pilihan raya tersebut pada 4 Julai 2020.

Anugerah sunting

  •   Pahang Darul Makmur
    • Ahli Mangku Negara (A.M.N.) (2005)[15]
    • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) (2008)[16]
    • Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) - Dato' Sri (2017)[17]

Rujukan sunting

  1. ^ Datuk Mohamed Elias bin Abu Bakar (9 Mei 2020). "SPR TERIMA NOTIS KEKOSONGAN LUAR JANGKA KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N. 23 CHINI, PAHANG" (PDF). Portal Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 15 Mei 2020.
  2. ^ a b c d "ADUN Chini Abu Bakar Harun meninggal dunia". Astro Awani. 7 Mei 2020. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  3. ^ "ABU BAKAR HARUN". PRU di Sinar. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  4. ^ a b c BERNAMA (7 Mei 2020). "'Kami sempat bergurau sebelum arwah ke KL'". BH Online. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  5. ^ Mohd Rafi Mamat (7 Mei 2020). "Abu Bakar Ayah Ngah kesayangan". myMetro. Foto oleh Farizul Hafiz Awang. Dicapai pada 15 Mei 2020.
  6. ^ a b BERNAMA (7 Mei 2020). "Adun Chini pendiam, merendah diri, prihatin". myMetro. Foto oleh BERNAMA. Dicapai pada 15 Mei 2020.
  7. ^ "N23 Chini: P85 - PEKAN". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-07-22. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  8. ^ "ADUN Chini, Pahang, meninggal dunia". BH Online. 7 Mei 2020. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  9. ^ "Salam takziah... Adun Chini, Abu Bakar Harun meninggal dunia". mSTAR Online. 7 Mei 2020. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  10. ^ Nik Amirulmumin Nik Min (7 Mei 2020). "ADUN Chini meninggal dunia". Sinar Online. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  11. ^ "Menziarah Jenazah Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun". UMNO Online. 7 Mei 2020. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  12. ^ "Adun Chini Abu Bakar Harun meninggal dunia". Malaysiakini.com. 7 Mei 2020. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  13. ^ BERNAMA (8 Mei 2020). "Speaker Pahang serah notis kekosongan DUN Chini kepada SPR". Sinar Online. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  14. ^ Yusmizal Dolah Aling (14 Mei 2020). "Calon UMNO di PRK Chini". myMetro. Dicapai pada 14 Mei 2020.
  15. ^ "SENARAI PENUH PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT PERSEKUTUAN TAHUN 2005" (PDF). istiadat.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-04. Dicapai pada 15 Mei 2020.
  16. ^ "Senarai Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.)". Istiadat Diraja. Dicapai pada 15 Mei 2020.
  17. ^ pentadbir (16 Disember 2017). "LIMA EXCO PAHANG TERIMA DARJAH SRI SULTAN AHMAD SHAH PAHANG (SSAP)". Portal Diraja Pahang. Dicapai pada 15 Mei 2020.