Abu Bakar Suleiman
Tan Sri Dato' Dr. Abu Bakar bin Dato' Suleiman (lahir 4 Februari 1944)[1] ialah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ke-8 (1991–1999). Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (1986–1988).[2][3] Setelah bersara daripada perkhidmatan awam pada tahun 2001, beliau dilantik sebagai Presiden Universiti Perubatan Antarabangsa (2001–2017) dan Pengerusi IHH Healthcare Berhad (2012–2017).
Abu Bakar Suleiman | |
---|---|
Presiden Kumpulan IMU | |
Menyandang jawatan 2018 | |
Pengerusi IHH Healthcare | |
Dalam jawatan 2011–2017 | |
Presiden Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) | |
Dalam jawatan 2001–2017 | |
Didahului oleh | Tan Sri Datuk Dr. Kamal Salih |
Digantikan oleh | Prof. Dr. Abdul Aziz Baba |
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia | |
Dalam jawatan 1991–1999 | |
Didahului oleh | Tan Sri Dato' Dr. Abdullah Abdul Rahman |
Digantikan oleh | Tan Sri Datu Dr. Mohamad Taha Arif |
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia | |
Dalam jawatan 1986–1988 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Abu Bakar bin Suleiman 4 Februari 1944 Johor Bahru, Johor, Malaya (kini Malaysia) |
Pertalian | Abdul Rahman Mohamed Yassin (datuk) Ismail Abdul Rahman (bapa saudara) Awang Hassan (bapa saudara) Yahya Awang (sepupu) Mohamed Tawfik Ismail (sepupu) |
Ibu bapa Ralat ungkapan: Aksara tanda baca "[" tidak dikenali |
|
Tempat belajar | Universiti Monash (MBBS) Universiti Singapura (MMed) Harvard Business School (AMP) |
Bidang pengkhususan | Doktor |
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari Universiti Monash pada tahun 1968 dan Ijazah Sarjana Perubatan (MMed) dari Universiti Singapura. Beliau juga mengikuti Program Pengurusan Lanjutan (AMP) di Harvard Business School, Amerika Syarikat pada tahun 1991.
Anugerah
suntingKehormatan Malaysia
sunting- Malaysia :
- Ahli Mangku Negara (AMN) (1983)[4]
- Johan Mangku Negara (JMN) (1990)[4]
- Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (1993)[4]
- Johor :
- Setia Mahkota Johor (SMJ) (1986)[5]
- Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) – Dato' (1988)[6]
Rujukan
sunting- ^ Faridah Abdul Rashid (2012). Research on the early Malay doctors 1900-1957, Malaya and Singapore. Australia: Xlibris Corporation. m/s. 279. ISBN 978-1-4691-7244-6. OCLC 822073131.
- ^ Prominent Alumni: Tan Sri Dato' Dr Abu Bakar Suleiman Diarkibkan Mac 23, 2014, di Wayback Machine, Monash University
- ^ Abu Bakar bin Suleiman M.D., Bloomberg
- ^ a b c "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 23 Ogos 2021.
- ^ "Honours for 177 on Sultan's 54th birthday". New Straits Times. 8 April 1986. m/s. 8.
- ^ "Top Johore award for Deputy IGP". New Straits Times. 8 April 1988. m/s. 6.