Abu Bakar Titingan

Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan Damsani ialah seorang pemimpin Melayu yang disegani dan disayangi oleh orang-orang Melayu di Tawau kerana jasa dan pengorbanannya.


Abu Bakar Titingan
Kelahiran
Titingan bin Damsani

1920 (1920)
Meninggal dunia1980 (berumur 59–60)
PasanganDatin Seri Panglima Kee Hafsah Kee Sulaiman (1926–2012)
Anak-anakAhmad Bahrom Abu Bakar Titingan
Tawfiq Abu Bakar Titingan
Nizam Abu Bakar Titingan

Dilahirkan pada tahun 1920 di Sandakan serta berketurunan Suluk namun beliau berhijrah untuk menetap di Tawau ketika era pendudukan tentera Jepun dan telah berkahwin dengan gadis tempatan di Tawau. Nama sebenar beliau ialah Titingan bin Damsani namun setelah pemergian pemimpin dan juga guru yang beliau kasihi iaitu Penghulu Abu Bakar pada tahun 1953 beliau memakai nama Abu Bakar pada awal namanya sebagai tanda hormat dan rasa kasih yang tidak terhingga. Sehingga kini, beliau terus dikenali dan diingati sebagai Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1980 di usia 60 tahun.

Menjadi anak tempatan Tawau

sunting

Beliau pernah terlibat dalam penentangan terhadap tentera Jepun di Tawau. Hasil dari perhubungan yang erat di antara beliau dengan Penghulu Abu Bakar, kemudian akhirnya beliau menikahi anak saudara Penghulu Abu Bakar sendiri iaitu Kee Hafsah bte Kee Sulaiman pada Julai 1944. Selepas tamatnya perang, pada bulan Oktober 1945, beliau telah ditawarkan kerja sebagai Kerani Masyarakat ( native clerk) oleh Pentadbiran Tentera British (BMA). Menerusi tawaran kerja ini, beliau diletakkan di bawah pengawasan Ketua Masyarakat (native chief) OKK Abu Bakar. Beliau dikurniakan cahayamata pertama yang dinamakan Ahmad Bahrom pada Jun 1946. Tidak lama kemudian pada tahun tersebut juga, beliau dilantik menjadi Setiausaha PKMT (Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau) yang diterajui oleh pengerusinya Penghulu Abu Bakar sendiri.

Menjadi pemimpin yang diharapkan

sunting

Pada tahun 1953, enam tahun kemudiannya beliau telah dikejutkan dengan peristiwa yang menyedihkan iaitu kembalinya pemimpin, ketua dan guru yang beliau sayangi, Penghulu Abu Bakar ke rahmatullah. Selepas detik peristiwa yang mengubah senario kehidupannya ini, beliau bersama sama Zainal Kerahu (dilantik sebagai Penghulu yang baru) terpaksa memikul tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Penghulu Abu Bakar untuk memimpin dan meletakkan dirinya sebagai pemimpin yang diharapkan serta menjadi tempat bergantung nasib kepada semua orang-orang Melayu yang serba dhaif pada ketika itu.

Bersama berganding bahu

sunting

Atas dasar kesedaran yang tinggi dengan amanah dan kepercayaan yang diberikan, beliau tanpa berbelah bahagi, sanggup memikul tanggungjawab yang berat itu dan bekerjasama bersama sama dengan pemimpin-pemimpin Melayu lain pada ketika itu seperti Kassim Kamidin, Ahmad Haji Ayid, Ampong Kerahu dan juga Penghulu Zainal (yang merupakan gandingan rakan seperjuangan yang mantap dalam USNO) demi menjaga kebajikan dan membantu orang-orang Melayu Tawau agar nasib mereka terbela dan tidak terus ketinggalan sama ada dari segi taraf kehidupan ekonomi juga taraf pendidikannya untuk anak cucu mereka. Beliau telah diberi kepercayaan untuk menjadi Pengerusi PKMT dan seterusnya menjadi Pengerusi USNO Tawau pada Mei 1963.

Berjasa kepada anak bangsa

sunting

Melalui PKMT dan seterusnya USNO, Datuk Abu Bakar Titingan dan Penghulu Zainal telah berjaya menyatukan hati orang-orang Melayu Tawau untuk bersama-sama dengan seluruh rakyat Sabah yang dipimpin oleh Pengerusi USNO, Tun Mustapa Datu Harun. Usaha yang berterusan dan penuh kesungguhan sehingga Sabah dan Tawau berjaya mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada 31 Ogos 1963. Beliau yang merupakan rakan baik Tun Mustapha dan menjadi orang kepercayaan beliau, telah dipilih sebagai Naib Pengerusi USNO Sabah dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi MUIS. Beliau terus berbakti dan menyumbangkan masyarakat khususnya orang-orang Melayu Tawau sehingga akhir hayat beliau pada tahun 1980.

Kini terdapat sebuah jalan utama di Tawau telah diberikan nama sempena nama beliau sebagai memperingati jasa-jasa yang beliau yang tidak terhingga kepada orang-orang Melayu di Tawau serta juga kepada keseluruhan rakyat Malaysia di Tawau.

Rujukan

sunting

Buku: Tawau The Making of a Tropical Community, Ken Gotlet, 2010, Opus Publication.