Abu Bakar bin Hamzah
Abu Bakar bin Hamzah adalah merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang merupakan parti komponen dalam Perikatan Nasional. Beliau merupakan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perlis.[1] Di peringkat bahagian pula, beliau merupakan Ketua Bahagian BERSATU Kangar.
YB Tuan Haji Abu Bakar bin Hamzah PPN; PMP, AMP, PJK (Perlis) | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis untuk Kuala Perlis | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Nor Azam Karap |
Ketua Badan Pimpinan Negeri Perlis Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Memegang jawatan 23 Ogos 2020 | |
Didahului oleh | Hamzah Zainuddin |
Ketua Bahagian Kangar Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Memegang jawatan 23 Ogos 2020 | |
Timbalan | Shaharani Husin (2020-2022) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Abu Bakar bin Hamzah 15 September Perlis |
Parti politik | BERSATU |
Khidmat masyarakat
suntingAbu Bakar selaku Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perlis telah membantu membayar wang jaminan ke atas Nor Amira Roslan yang dituduh mencuri wang tabung Masjid Sirajuddin, Padang Pauh, Kangar sebanyak RM40.00 yang boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika disabitkan kesalahan.[2]