Abu Lahab bin Abdul Muttalib

(Dilencongkan dari Abu Lahab)


Abu Lahab bin Abdul Muttalib (Arab: أبو لهب 549 SM – 624 SM) merupakan bapa saudara kepada Nabi Muhammad saw dan juga salah satu musuh Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Abu Lahab juga pernah dikecam melalui surah Al-Lahab daripada kitab suci Al-Quran. Nama penuh lain bagi beliau ialah Abdul Al-Uzza, tetapi digelar "Abu Lahab" kerana pipinya selalu nampak kemerahan atau keradangan. Isteri beliau bernama Ummu Jamil binti Harb dan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Utbah ibnu Abu Lahab dan Utaybah bin Abu Lahab. https://www.peygamberyolu.com/yakin-korlugu-ve-ebu-leheb/