Abu Zahar Ithnin
Allahyarham YAB Datuk Seri Abu Zahar bin Ithnin merupakan ahli politik dari negeri Melaka dan merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang kelapan dari 23 Mei 1997 sehingga 02 Disember 1999.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abu Zahar bin Ithnin DGSM, DMSM (Melaka); AMN | |
---|---|
Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri | |
Dalam jawatan Disember 1999 – Mac 2004 | |
Digantikan oleh | Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop Setiausaha Parlimen Kementerian Keselamatan Dalam Negeri |
Ketua Menteri Melaka ke-8 | |
Dalam jawatan 23 Mei 1997 – 2 Disember 1999 | |
Didahului oleh | Mohd Zin Abdul Ghani |
Digantikan oleh | Mohd Ali Rustam |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P124 Jasin | |
Dalam jawatan 20 Disember 1999 – 4 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Abdul Ghafar bin Baba |
Digantikan oleh | Datuk Mohammad Said bin Yusof |
Majoriti | (PRU-10) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N23 Merlimau | |
Dalam jawatan 1995–1999 | |
Didahului oleh | Kawasan baharu |
Digantikan oleh | Nazari Adzim |
Majoriti | (PRU-9) |
Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka | |
Dalam jawatan 4 Ogos 1986 – 19 Oktober 1994 | |
Didahului oleh | Abdul Razak Alias |
Digantikan oleh | Jaafar Lajis |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi N20 Sungai Rambai | |
Dalam jawatan 1986–1995 | |
Didahului oleh | Ahmad Ithnin |
Digantikan oleh | Abdul Azis Abdul Ghani |
Majoriti | (PRU-8) (PRU-7) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Kampung Merlimau Pasir, Merlimau, Melaka, Malaysia | 14 September 1937
Mati | 12 Julai 2013 Kampung Merlimau Pasir, Merlimau Melaka | (umur 75)
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Datin Seri Khalijah binti Haji Mohd Jiddi |
Anak | Zalina Roslaini Marina Zuraini Khaidirah Mohd Aidi Iskandar |
Kediaman | Seri Bendahara |
Tempat belajar | Sekolah Tinggi Melaka, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu |
Pekerjaan | Guru,Ahli politik |
Beliau dilahirkan pada 14 September 1937 di Kampung Merlimau Pasir, Melaka. Bapanya ialah seorang pekebun kecil dan ibunya seorang suri rumahtangga. Beliau ialah anak ke-4 dari tujuh orang adik beradik.
Pendidikan
suntingBeliau menerima pendidikan di Sekolah Melayu Merlimau selama tiga tahun dan seterusnya ke Sekolah Tinggi Melaka dalam Special Malay Class pada tahun 1948. Beliau berada di Sekolah Tinggi Melaka sehingga tahun 1956, di mana beliau menduduki peperiksaan Senior Cambridge. Setelah berjaya dalam peperiksaan itu, beliau memasuki Maktab Perguruan Kota, Kelantan pada tahun 1957, dan meneruskan pengajian perguruan beliau di Maktab Perguruan Bahasa di Bukit Senyum, Johor Bahru dan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur pada tahun 1958. Beliau ialah Kumpulan Pengasas Maktab Perguruan Bahasa itu.
Pada tahun 1960, beliau menduduki peperiksaan Higher School Certificate dan pada tahun 1967 diberi tugas sebagai Guru Penolong Kanan di Sekolah Tun Perak, Jasin, Melaka. Pada tahun 1979 beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengelola Kanan di Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran di Kuala Lumpur. Pada tahun 1984, beliau menghadiri satu kursus Pengembang Bahasa Kedua di Brighton Polytechnic Language Centre-University of Brighton, United Kingdom. Pada tahun 1985, beliau telah dipindahkan ke Jabatan Pelajaran Melaka sebagai Ketua Penolong Pengarah Unit Pendaftaran Sekolah-Sekolah Negeri Melaka.
Politik
suntingSebagai ahli politik, beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Rim, Jasin pada tahun 1965 dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin pada tahun 1976 sehingga 1978. Beliau telah menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin pada tahun 1978 dan menjadi Pengerusi Biro Pelajaran UMNO Bahagian Jasin dari tahun 1978 hingga 1986. Pada tahun 1988 beliau telah dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Jasin hingga tahun 1990. Pada tahun 1990 beliau dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Jasin. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Biro Pendidikan Perhubungan UMNO Negeri Melaka dan juga Pengerusi Kempen Penambahan Ahli Negeri Melaka. YAB Datuk Abu Zahar pernah dilantik sebagai Bendahari Perhubungan UMNO Negeri Melaka.
Kerjaya beliau sebagai Wakil Rakyat bermula apabila beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Rambai dalam Pilihanraya Umum pada tahun 1986 dan seterusnya dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka. Beliau mempertahankan kerusi tersebut dalam Pilihanraya Umum berikutnya pada tahun 1990. Pada tahun 1994, YAB Datuk Abu Zahar telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan memegang jawatan Pengerusi Portfolio Pertanian dan Pembangunan Desa.
Pada Pilihanraya Umum tahun 1995, beliau telah berpindah kawasan dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Merlimau (kerusi baru). Serentak itu, beliau telah diberi kepercayaan untuk menerajui Portfolio Kerja Raya dan Pembangunan Awam. Berikutan kematian Ketua Menteri ketika itu, Datuk Seri Wira Haji Mohd Zain Haji Abdul Ghani akibat angin ahmar pada 14 Mei 1997, YAB Datuk Seri Abu Zahar telah dilantik untuk menjadi Ketua Menteri Melaka yang kelapan dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999. Di peringkat persekutuan beliau pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Dalam Negeri bermula Disember 1999 hingga Mac 2004.
Pada Pilihanraya Umum tahun 1999, beliau telah bertanding untuk Parlimen Jasin bila mana penyandangnya Ghafar Baba bertukar ke Parlimen Batu Berendam. Beliau memenangi kerusi tersebut dan ianya juga merupakan pilihanraya yang terakhir disertai beliau.
Anugerah
suntingYAB Datuk Seri Abu Zahar telah dikurniakan pingat Ahli Mangku Negara pada tahun 1983 dan pada tahun 1987 beliau dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk.
Dalam bidang sosial, Datuk Abu Zahar pernah menjadi Pengerusi (Negeri) Persatuaan Ahli-ahli Parlimen Komanwel dari tahun 1987 hingga 1994. Beliau pernah menjadi Pengerusi Majlis Pertubuhan Pengakap Negeri Melaka dan Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Melaka.
Hasil daripada perkahwinan beliau dengan Datin Seri Khalijah binti Hj. Mohd. Jiddi, beliau telah dikurniakan dengan enam orang anak, lima perempuan ialah Dira Abu Zahar dan seorang lelaki.
Meninggal dunia
suntingYAB Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia pada 12 Julai 2013 kira-kira pukul 5.50 petang akibat penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Merlimau Pasir di samping isterinya, Datin Seri Khalijah Jiddi, 66, serta enam orang anak dan 20 cucu.[1] [2] [3]
Jenazahnya dikebumikan di makam pahlawan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah Melaka.
Rujukan
sunting- ^ Utusan Malaysia 12 Julai 2013 Diarkibkan 2018-10-01 di Wayback Machine Abu Zahar Ithnin meninggal dunia
- ^ Sinar Harian Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia
- ^ Murai Diarkibkan 2015-06-10 di Wayback MachineBapa Dira Abu Zahar Meninggal Dunia
Penyandang Terdahulu | Ketua Menteri Melaka 23 Mei 1997 – 2 Disember 1999 |
Penyandang Kemudian |
Mohd Zin Abdul Ghani |
Mohd Ali bin Mohd Rustam |