Acadèmia Valenciana de la Llengua

Acadèmia Valenciana de la Llengua (sebutan Valencia: [akaˈðɛmia valensiˈana ðe la ˈʎeŋɡwa], Melayu: Akademi Bahasa Valencia), juga dikenali sebagai AVL, merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan pada 16 September 1998 oleh Parlimen Valencia. Tugas utama ia adalah untuk menentukan dan menetapkan standard rasmi untuk bahasa Valencia seperti yang digunakan dalam Komuniti Valencia (dikenali di wilayah lain sebagai bahasa Catalonia) dan memupuk penggunaannya. Menurut undang-undang asasnya, peraturan bahasa AVL untuk Valencia mesti mengikut realiti linguistik asli Valencia, menghormati tradisi perkamusan dan sastera Valencia dan bermula dari peraturan yang disatukan berdasarkan Norma de Castelló, satu set peraturan orthografi untuk Valencia yang ditandatangani pada tahun 1932.

Ibu pejabat Acadèmia Valenciana de la Llengua terletak di Bandar Valencia, Sepanyol.

Pautan luar sunting