Acanthaster planci

Acanthaster planci ialah sejenis tapak sulaiman besar. Spesies ini mempunyai lebih banyak lengan daripada tapak sulaiman biasa yang diliputi duri.[1] Spesies ini mempunyai taburan yang sangat luas; ia mungkin paling biasa ditemukan di sekitar Australia, tetapi ia juga boleh dijumpai di latitud tropika dan subtropika dari Laut Merah dan pantai Afrika Timur merentasi Lautan Hindi, dan merentasi Lautan Pasifik ke pantai barat Amerika Tengah. Ia duduk di mana terumbu karang atau karang keras ada di kawasan-kawasan ini.

Acanthaster planci
A. planci di dasar lagun
dekat Réunion.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. planci
Nama binomial
Acanthaster planci

Ia memangsa polip karang yang keras atau berbatu dari order Scleractinia. Pemangsaan karang ini sangat cekap, kebanyakan organisma pemangsa karang hanya menyebabkan kerosakan tisu atau luka kecil, tetapi spesies A. planci dewasa boleh memusnahkan banyak koloni karang.[2]

Ia merebak di Pulau Tioman. Jabatan Taman Laut Malaysia menjalankan kerja gotong-royong membersihkan spesies ini di perairan pulau tersebut semasa musim monsun barat daya dari Mac hingga September.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Birkeland, C.; Lucas, J.S. (1990). Acanthaster planci: Major Management Problem of Coral Reefs. Boca Raton, FL: CRC Press. m/s. 97–98. ISBN 978-0-8493-6599-7.
  2. ^ Pratchett, Morgan; Uthicke, Sven (2017). Biology, Ecology and Management of Crown-of-Thorns Starfish. Basel, Switzerland: MDPI Books. ISBN 978-3-03842-603-5. Dicapai pada 26 Oktober 2022.
  3. ^ Chak, Solomon T. C.; Dumont, Clement P .; Kee-Alfian, Abd. Adzis; Yewdall, Katie (Februari 2018). "Effectiveness of the removal of coral-eating predator Acanthaster planci in Pulau Tioman Marine Park, Malaysia". Journal of the Marine Biological Association of the United Kingdom (dalam bahasa Inggeris). 98 (1): 183–189. doi:10.1017/S002531541600117X. ISSN 0025-3154.