Ace Motion Pictures

Ace Motion Pictures Sdn Bhd ialah sebuah syarikat penerbitan filem dan televisyen Malaysia yang dipimpin seorang sutradara masyhur, Aziz M. Osman. Ace Motion terkenal kerana menghasilkan filem-filem tempatan seperti Puteri Impian, Gila-Gila Pengantin, dan Senario serta siri-siri televisyen berbahasa Malaysia yang disukai ramai seperti Puteri, Dunia Anita, Fara, Vice Versa, Pendekar 5 dan sebagainya. Selain itu, Ace Motion juga menembusi persada hiburan ruang siber melalui drama web Luna Fantasiku.

Ace Motion Pictures
Swasta
IndustriFilem
Ibu pejabatKuala Lumpur

Pautan luarSunting