Acha Septriasa

Aktres, penyanyi dan artis Indonesia

Jelita Septriasa atau lebih dikenali sebagai Acha Septriasa (lahir di Jakarta, 1 September 1989; umur 34 tahun) ialah seorang pelakon, penyanyi, dan peragawan berkerakyatan Indonesia .

Acha Septriasa
Kelahiran
Jelita Septriasa

(1989-09-01) 1 September 1989 (umur 34)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, Penyanyi, Peragawan
Tahun aktif2004 - kini
PasanganVicky Kharisma (k. 2016)
Anak-anak1
Ibu bapaSaggita Ahimsha (bapa)
Rita Amza (ibu)

Keluarga sunting

Anak kepada pasangan Sagitta Ahimsha dan Rita Emza ini lebih mesra disapa sebagai Acha sahaja.

Latar belakang sunting

Irwansyah yang sering menjadi gandingannya merupakan kekasihnya. Beliau juga pernah berlakon dalam drama RTM1, Andaiku Tahu bersama kekasihnya, Irwansyah, Raffi Ahmad dan Inneke Koesherawati. Beliau bekelulusan di Universiti LimKokWing, Cyberjaya. Beliau dan Irwansyah pernah mempunyai hubungan asmara tetapi sudah putus tanpa sebab yang pasti. Namun, Irwansyah & Acha masih lagi memakai cincin "cinta" yang pernah mereka pakai sewaktu berkasih dahulu.

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan sebagai Jelita Septriasa di Jakarta, Indonesia, pada 1 September 1989 kepada Sagitta Ahimshah dan Rita Emza; beliau merupakan anak ketiga daripada enam beradik.[1] Adik bongsunya, Juwita Maritsa, sepertinya, juga seorang penghibur.[2] Beliau mula belajar di Sekolah Tinggi Muhammadiyah 6 dari 1995 hingga 2001, kemudiannya SMA Negeri 73 dari 2001 hingga 2004; kedua-duanya di Tebet, Jakarta Selatan. Sekolah tingginya ialah SMA Negeri 82, Jakarta, yang beliau hadir dari 2004 hingga 2007.[1]

Kerjaya sunting

Acha Septriasa memulakan kerjaya hiburannya sebagai model dalam Pencarian Gadis Sampul, dianjurkan oleh majalah remaja Indonesia, Gadis[3] pada 2004.[1] Peranan filem pertamanya ialah filem Apa Artinya Cinta? (2005), di mana beliau memegang watak pembantu. Pada tahun berikutnya, beliau mula meraih kejayaan menerusi filem Heart (2006), yang mana beliau berlakon bersama Nirina Zubir dan pasangannya ketika itu Irwansyah.[3] Beliau juga menyanyikan album runut bunyi bersama Irwansyah yang diterbitkan oleh Melly Goeslaw dan suaminya, Anto Hoed,[2] mendapat platinum berganda; dua singlenya, "Sampai Menutup Mata" dan sebuah lagu duet "My Heart", menerima siaran meluas di luar negara.[1]

Pada tahun berikutnya, Acha dan Irwansyah berlakon dalam romantik remaja Love is Cinta. Beliau juga menyanyikan duet bersamanya untuk filem itu.[3] Pada tahun itu, beliau dikenalpasti sebagai pelakon Indonesia keempat menerima bayaran tertinggi, sebanyak Rp. 180 juta (AS$ 15,000) setiap filem.[1] Beliau melancarkan album pertamanya, Keputusan Hati pada Ogos 2009. Pada tahun yang sama, beliau menjadi pengacara rancangan aneka ragam Dahsyat[2] dan membintangi Krazy Crazy Krezy.[1]

Pada 2010, beliau berlakon bersama Ayu Azhari dan Julia Perez dalam Sst... Jadikan Aku Simpanan. Beliau juga melancarkan album kedua Menembus Impian.[2]

Setakat 2011, Acha Septriasa mempelajari penerbitan filem di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Kuala Lumpur Malaysia, beliau juga kerap pulang ke Indonesia; beliau mengambil peranannya dalam filem Love Story, sebuah cerita berdasarkan kehidupan tradisional, bersama Irwansyah, ketika masih mengambil kelas di Malaysia. Setakat 2011, beliau tidak merancang untuk keluar album baru, kerana kekangan masa.[3] Pada 2012 beliau mengumumkan selepas tamat belajar, beliau berhasrat untuk bekerja di pejabat; bagaimanapun, pada tahun yang sama, beliau ditempah untuk dua filem, yang mana beliau menyiapkannya terlebih dahulu.[4]

Ketokohan sunting

Acha Septriasa dikenali kerana membawakan watak jenis "gadis sebelah pintu". Seperti biasa, beliau lebih suka menyimpan rambut coklat terang.[3]

Kehidupan peribadi sunting

Acha Septriasa sebelum pernah berpacaran dengan pasangan pelakonnya dalam filem Heart dan Love is Cinta, Irwansyah; mereka memutuskan perhubungan pada 2008.[3] Kebanyakan rakannya semuanya lelaki.[5]

Beliau minat berkecimpung dalam bidang sukan dan melancong dan mula belajar berenang pada usia setahun, kemudiannya terlibat dalam bola sepak di SMA dan menjadi kapten pasukan bola keranjang di sekolah tingga. Beliau juga berbasikal dan kerap bermain futsal bersama rakannya. Beliau pernah bercuti panjang untuk melancong, dan sering melancong di luar negara.[5]

Acha Septriasa berkahwin dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta.[6] Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama belajar di Malaysia.[6]

Filemografi sunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2005 Apa Artinya Cinta? Mitha Soraya Intercine Films
2006 Heart Luna Starvision Plus
2007 Love is Cinta Cinta Starvision Plus
2008 Love Iin 13 Entertainment
2008 In the Name of Love Saskia Putri Negara Valiant Circle Productions
2009 Krazy Crazy Krezy PT. 999 Pictures
2010 Sst...Jadikan Aku Simpanan Pamela Virgo Putra Film
2010 Menebus Impian Nur Kemala Dapur Film Production
2011 Love Story Ranti Starvision Plus
2012 Test Pack Tata Starvision Plus
2013 Rectoverso Keana Production & Comm
2013 Bangun Lagi Dong Lupus Poppy Komando Pictures
2013 99 Cahaya di Langit Eropa Hanum Salsabiela Rais Maxima Pictures
2014 99 Cahaya di Langit Eropa Part 2 Hanum Salsabiela Rais Maxima Pictures
2014 '99 Cahaya di Langit Eropa The Final Edition Hanum Salsabiela Rais Maxima Pictures
2014 Aku Cinta Kamu Sita Starvision Plus
2014 Mengejar Malam Pertama Gysta Mitra Pictures
2014 Strawberry Surprise Aggi Starvision Plus
2015 Nada untuk Asa Asa Magma Entertainment
2015 Lamaran Tiar Sarigar Rapi Films
2015 Bulan Terbelah di Langit Amerika Hanum Salsabiela Rais Maxima Pictures
Falcon Pictures
2016 Surat Cinta Untuk Kartini Asti MNC Pictures
2016 Koala Kumal Andrea Azzura Starvision Plus
2016 Mars: Mimpi Ananda Raih Semesta Sekar Palupi Multi Buana Kreasindo
2016 Sundul Gan: the Story of Kaskus 700 Pictures
2016 Sabtu Bersama Bapak Rissa Falcon Pictures
Max Pictures
2016 Bangkit! Denanda Suryanation
Oreima Films
Kaninga Pictures
2016 Shy Shy Cat Jessy Starvision Plus
2016 Barakati Wa Ambe Pamondo Films
2016 Bulan Terbelah di Langit Amerika 2 Hanum Maxima Pictures
Falcon Pictures
2017 Kartini Roekmini Legacy Pictures
Screenplay Films
2018 Hanum & Rangga: Faith & the City Hanum Salsabiela Rais MD Pictures
2021 June & Kopi Aya Aurora Films
2021 Layla Majnun Laila Starvision Plus
2021 Persepsi Cerebraptorsnr
R1 Pictures
2022 Mumun Mumun/Mimin Dee Company
2023 Anwar: The Untold Story Dato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail Bianglala Entertainment

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tahun Album Label
2009 Keputusan Hati Lima Belas Musik

Album duet sunting

Tahun Album Label
2007 Hikmah Ramadhan
(album bersama Irwansyah)

Album Soundtrack sunting

Tahun Album Label
2006 OST Heart Aqurius Musikindo
2007 OST Love is Cinta Aquarius Musikindo
2013 OST Rectoverso

Single sunting

Tahun Lagu Album
2006 "Berdua Lebih Baik" OST Heart
"Sampai Menutup Mata"
2007 "Kehampaan Hati" OST Love is Cinta
2008 "Cinta Bertahan" OST In The Name of Love
2009 "Keputusan Hati" Keputusan Hati
2013 "Curhat Buat Sahabat" OST Rectoverso

Single duet sunting

Tahun Lagu Artis duet
2006 "My Heart" Irwansyah
2007 "Ada Cinta" Irwansyah
2012 "Menerima Kau Pergi" Irwansyah
"Broken Heart" Reza Rahadian
2015 "Gantung" Bayu "Soulvibe"

Anugerah dan penghargaan sunting

Tahun Karya tercalon Anugerah Kategori Keputusan
2007 Love is Cinta Festival Film Indonesia 2007 Piala Citra untuk Pemeran Utama Wanita Terbaik Tercalon
2011 Love Story Festival Film Bandung 2011 Pemeran Utama Wanita Terpuji Menang
Corinthian Film Festival 2011 Best Actress in Love Story movie Menang
2012 Test Pack Festival Film Indonesia 2012 Piala Citra untuk Pemeran Utama Wanita Terbaik Menang
Piala Maya 2012 Pemeran Utama Wanita Terbaik Tercalon
2013 Test Pack Indonesian Movie Awards 2013 Aktris Terbaik Tercalon
Aktris Terfavorit Tercalon
Pasangan Terbaik (bersama Reza Rahadian) Tercalon
Festival Film Bandung 2013 Pemeran Utama Wanita Terpuji Menang
Rectoverso Piala Maya 2013 Aktris Terbaik di Omnibus Tercalon
2014 Aku Cinta Kamu Piala Maya 2014 Aktris Terbaik di Omnibus Menang
- Indonesian Choice Awards 2014 Actress of the Year Tercalon
2015 Nada untuk Asa Indonesian Movie Awards 2015 Pemeran Utama Wanita Terbaik Tercalon
Pemeran Utama Wanita Terfavorit Tercalon
- Indonesian Choice Awards 2015 Actress of the Year Tercalon
2016 Bulan Terbelah di Langit Amerika Indonesia Box Office Movie Awards 2016 Pemeran Utama Wanita Terbaik Tercalon
- Indonesian Choice Awards 2016 Actress of the Year Tercalon
Shy Shy Cat Piala Maya 2016 Aktris Pendukung Terpilih Tercalon
2017 Koala Kumal Indonesian Box Office Movie Awards 2017 Pemeran Utama Wanita Terbaik Tercalon

Rujukan sunting

Nota kaki
  1. ^ a b c d e f TokohIndonesia.com 2011, Ingin Terus Eksis.
  2. ^ a b c d KapanLagi.com, Acha Septriasa.
  3. ^ a b c d e f Kurniasari 2011, Acha Septriasa: A new.
  4. ^ Pikiran Rakyat 2012, Selesai Kuliah, Acha.
  5. ^ a b Setiawati 2011, Acha Septriasa: Addicted.
  6. ^ a b "Vicky Siap Nikahi Acha Septriasa". Dicapai pada 20 March 2017.
Bibliografi

Pautan luar sunting