Achdiat Karta Mihardja

Sasterawan Indonesia

Achdiat Karta Mihardja atau lebih dikenali sebagai Achdiat K. Mihardja (6 Mac 1911 – 8 Julai 2010) ialah seorang penulis, novelis dan pengarang lakon warga Indonesia. Beliau amat terkenal kerana novelnya, Atheis, yang diterbitkan pada tahun 1949. Atheis dikira sebagai satu daripada karya kesusasteraan terpenting Indonesia selepas Perang Dunia Kedua.[1]

Mihardja, s. 1955

Achdiat Mihardja dilahirkan pada 6 Mac 1911 di Garut, Jawa Barat. Bapa beliau, seorang pengurus bank, memiliki koleksi buku yang dikatakan Achdiat sebagai pencetus minat beliau terhadap kesusasteraan.[1] Achdiat bekerja sebagai seorang wartawan pada awal kerjayanya. Pada tahun 1949, beliau menerbitkan karya paling penting, Atheis, yang berpusat pada Hasan, seorang lelaki Muslim dari Jawa Barat, dan perhubungannya dengan rakan-rakannya yang dipengaruhi idea-idea asing seperti Marxisme.[2] Buku ini dikira satu daripada karya kesusasteraan moden Indonesia yang paling penting.[3] Atheis kemudiannya diadaptasi ke dalam filem pada tahun 1974, yang diarah Sjumandjaja dan dibintangi Christine Hakim dan Deddy Sutomo.

Achdiat K. Mihardja dikurniakan anugerah kesusasteraan kebangsaan Indonesia buat usahanya pada tahun 1956.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Obituary: 'Atheist' writer laid to rest in Canberra". Jakarta Post. 2010-07-09. Dicapai pada 2010-07-26.
  2. ^ Manuskrip dapat diketemu di Perpustakaan Kesusasteraan Indonesia HB Jassin di pusat kebudayaan Taman Ismail Marzuki di Jakarta Pusat. Lihat Desi Anwar, 'Desi Anwar: Lost for Words', The Jakarta Globe, 1 September 2012.
  3. ^ The story of the book, and some details of the film that was based on it, are at Olin Monteiro, 'Rethinking Atheism Through an Indonesian Filmmaker's Lens', The Jakarta Globe, 27 March 2012.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.