Achey Bocey
Mohd Nasir Hamzah[1] atau lebih dikenali sebagai Achey Bocey (lahir 17 Ogos 1986) merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia. Beliau merupakan juara Bintang Mencari Bintang musim pertama terbitan TV3 dan salah seorang ahli kumpulan Bocey bersama Abam dan Fad.
Achey Bocey | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Mohd Nasir bin Hamzah 17 Ogos 1986 |
Pekerjaan | Pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara |
Tahun aktif | 2012–kini |
Pasangan | Nur Hassanah "Anne" Yahya |
Anak-anak | 1 |
Ibu | Ngaisah binti Hassan |
Bapa | Hamzah bin Salam |
Keluarga | Natasha Hamzah (adik) |
Kerjaya lawak | |
Media | Televisyen, filem |
Genre | Komedi, sketsa |
Kerjaya sunting
Beliau menjadi juara Bintang Mencari Bintang musim yang pertama pada tahun 2013 anjuran TV3. Beliau berjaya mengatasi Kumpulan Bocik, Titan dan Tapaw untuk muncul selaku juara. Beliau juga pernah mengacara program Kintang Kintung di TV3 bersama sifunya Allahyarham Harun Salim Bachik. Pada November beliau telah bergabung bersama Kumpulan Bocik lalu diberi nama Bocey untuk menyertai Maharaja Lawak Mega 2013. Ternyata penyertaan mereka tidak sia-sia apabila mendapat tempat ke 3 selepas kumpulan Sepahtu muncul juara dan Kumpulan Shiro selaku naib juara. Pada musim berikutnya Maharaja Lawak Mega 2014 mereka mendapat tempat ke 5. Dan dua edisi seterusnya, mereka meraih gelaran juara pada tahun 2016 dan 2017. Selain kebolehannya dalam bidang lawak dan lakonan, Achey juga berkebolehan mencipta dan menulis lagu serta menyanyi. Beliau telah mengeluarkan single pertamanya iaitu Yang Terindah pada penghujung Oktober 2017. Lagu ini didedikasikan khas untuk isterinya, Anne.[2]
Kehidupan peribadi sunting
Achey berkahwin dengan Nur Hassanah Yahya dan mempunyai seorang anak perempuan, Nur Tiara Zinnirah. Beliau ialah abang kepada Natasha Hamzah.
Filemografi sunting
Filem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa | Rudy | Filem pertama |
2017 | Abang Long Fadil 2 | Ali | |
2018 | Hantu Wangan | Kintang Kintung | |
2019 | Tiada Tajuk | Pencerita/Wak Calit | |
2020 | Kelaster | Zul | |
2021 | Mat Bond Malaya | Ejen 10 | Penampilan khas |
Frontliner | Kapten Nasir | ||
2023 | Sue-On | Pocong | |
Mat Tudung Begins | Sabri / Sabrina | ||
Baik Punya Ah Long |
Drama sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Kintang Kintung | TV3 | ||
2015 | Oh My English! Class Of 2015 | Pak Johan | Astro TVIQ | Episod: "Zero To Hero" |
Tanah Kubur (Musim 14) | Salim | Astro Oasis | Episod: "Viral Fitnah" | |
2017 | Tuyul Ke London | Achey | Astro Warna | |
2020 | Salam Squad 2.0 | Pegawai Majlis | Astro Ceria |
Telefilem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Homestay Berhantu | Achik | TV9 |
Samba Bola Kampung | Azam | Astro Prima | |
Bocey Beraya | Achey | Astro Warna | |
Qish Qish Qish | Astro Ceria | ||
2015 | Salah Susuk Raya | Wak Eng | Astro Prima |
2016 | Bocey Mencecey | Achey | Astro Warna |
2018 | Tiga Bahadol | Karim |
Televisyen sunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014–2015 | Betul ke Bohong? (Musim 6) | Kumpulan Haniff | Astro Warna |
2015 | Buana oh Buana | Pelbagai watak | |
2016 | Bocey & Friends | ||
2018 | Bocey & Friends Live | ||
2019 | Di Balik Tawa (Musim 2) | Dirinya sendiri | |
2020 | Oops Terkena (Episod 1) | Awesome TV | |
2022 | Akustika Ramadan 2022 | Pengacara bersama Anas Ridzuan | TV3 |
Peserta sunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
2013 | Maharaja Lawak Mega 2013 - Kumpulan Bocey |
2014 | Super Spontan 2014 |
Maharaja Lawak Mega 2014 - Kumpulan Bocey | |
2015 | Super Spontan All Star |
Juara Parodi - Kumpulan Black dot Chey | |
2016 | Maharaja Lawak Mega 2016 - Kumpulan Bocey |
2017 | Super Spontan Superstar 2017 |
Maharaja Lawak Mega 2017 - Kumpulan Bocey | |
2018 | Super Spontan Xtravaganza |
Maharaja Lawak Mega 2018 - Kumpulan Bocey | |
2019 | Muzikal Lawak Superstar (Musim 1) - Kumpulan Botak |
Maharaja Lawak Mega 2019 - Kumpulan Bocey | |
2020 | Muzikal Lawak Superstar (Musim 2) - Kumpulan Mashuk |
2021 | Maharaja Lawak Mega 2021 - Kumpulan Boro |
2022 | Muzikal Lawak Superstar (Musim 3) - Kumpulan Cili |
Diskografi sunting
Single sunting
Tahun | Tajuk | Kedudukan Tertinggi | |||
---|---|---|---|---|---|
RIM | ERA FM [4] |
HOT FM [5] |
Muzik Muzik [6] | ||
2017 | Yang Terindah | 5 | 1 | 11 | |
2018 | Anak | ||||
2019 | Sakit | ||||
2021 | Sembuh | ||||
2022 | Cintaku Takkan Hilang | ||||
2023 | Raya Rempit |
Anugerah dan pencalonan sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2014 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 | Artis Baru Lelaki Popular | Achey | Menang |
Anugerah Lawak Warna 2014 | Pelawak Lelaki Paling Popular | Tercalon | ||
2015 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 | Pelakon Komedi Lelaki Popular | Tercalon | |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 | Pengacara TV Popular | Tercalon | |
Artis Versatil Popular | Tercalon | |||
Artis Komedi Popular | Tercalon | |||
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
Rujukan sunting
- ^ Achey (Bocey) Tangguh Simen Kaki, Ziarah Allahyarham Harun Salim Bachik Diarkibkan 2015-06-15 di Wayback Machine mStar Online (10 Mac 2015). Diperoleh pada 1 Julai 2015.
- ^ Bingkisan lebaran dua legasi Utusan Malaysia (1 Ogos 2014). Diperoleh pada 3 Ogos 2014.
- ^ Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor (20 Julai 2019). Bukan jenaka kosong Harian Metro. Dicapai pada 12 Februari 2020.
- ^ "Carta ERA 40". ERA FM.
- ^ "Hot FM 30". Hot FM. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-12. Dicapai pada 2018-01-31.
- ^ "Carta 20 Muzik Muzik". Muzik Muzik.