Achzarit (אכזרית in bahasa Hebrew: "kejam", berkait wanita) merupakan kereta perisai anggota berperisai tebal yang dikilangkan oleh Pasukan Pertahanan Israeli Kor Ordnance.

IDF Achzarit Mk 2
Achzarit bersenjatakan Stesyen Senjata Atas Kepala Rafael/stesyen OWS
JenisHeavy kereta perisai anggota
Tempat asal Israel
Sejarah perkhidmatan
PerangKonflik Selatan Lubanon (1982–2000)
Intifada Kedua
Perang Lebanon 2006
Perang Gaza
Sejarah pengeluaran
PerekaPasukan Pertahanan Israeli Kor Ordnance
Tentera Singapura (Akan datang)
PengeluarNIMDA
Dihasilkan1988 - Kini
Spesifikasi
Berat44 tonne
Panjang6.20 m
Lebar3.60 m
Tinggi>2 m (anggaran)
Krew3 + 7 penumpang

Armor200 mm
Senjata
pertama
2 × mesingan 7.62mm, 1×7.62mm Stesyen Senjata Atas Kepala Rafael
Enjindisel
850 hp (630 kW)
Kuasa/berat19 hp/tonne
Sistem ampaiantorsion-bar
Jarak
operasi
600 km
Kelajuan65 km/h
Pandangan belakang Achzarit

Sejarah sunting

Kereta perisai anggota Achzarit diasaskan pada kereta kebal T-54/T-55 Soviet Union,[1] bermula dengan yang ditawan dari tentera Arabsemasa Pertikaian Arab-Israil. Pasukan IDF mengambil kereta kebal T-55 lama dan membuang turetnya dan rangkan badan diubahsuai sebagai kereta perisai anggota dengan menambah ruang tentera dan pintu belakang.[1] Enjin diesel sejukan air buatan Soviet yang asal digantikan dengan enjin disel lebih padat dan berkuasa, dan sistem dalaman yang lain ditingkatkan. Perisai reaktif dipasang di atas perisai rangka badan kereta kebal asal. Kereta perisai anggota ini mula digunakan pada tahun 1988.

Rekabentuk sunting

Engin sunting

Achzarit Mk 1 memiliki enjin 650-hp, sementara Mk 2 memiliki enjin 850-hp.

Senjata sunting

Ia dilengkapi dengan tiga mesingan 7.62 mm, termasuk satu Rafael Overhead Weapons Station, mesingan dikawal dari dalam kabin, yang dibangunkan oleh Rafael Advanced Defense Systems Sebagai pengajaran dari Intifada Kedua, turet kaca tahan peluru dipasang pada satu bukaan bagi membolehkan komander melihat keluar tanpa terdedah kepada tembakan senjata ringan dan serpihan.

Beberapa kereta perisai anggota Achzarit dalam perkhidmatan telah dipertingkatkan dengan 12.7mm Stesyen Senjata Kawalan jauh Samson bagi menggantikan 7.62mm Stesyen Senjata Atas Kepala Rafael piwaian.

Operasi sunting

Disebabkan perisai tebalnya, kereta perisai anggota Achzarit kadang kala digelar Kereta Perisai Anggota Berat (HAPC). Kereta perisai anggota Achzarit berkhidmat dengan Brigade Golani IDF, yang beroperasi berhampiran sempadan Lebanon dan di bahagian utara Tebing Barat dan bersama sebahagian Brigade Givata IDF.

Kereta perisai anggota Achzarit terbabit dalam Operasi Rainbow di Rafah, selepas kereta perisai anggota M113 yang agak nipis perisainya dimusnahkan oleh RPG. Kereta perisai anggota Achzarit turut terbabit dalam Perang Gaza.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Achzarit". Global Security. Dicapai pada 2009-11-05.

Pautan luar sunting