Acryl Sani Abdullah Sani
Tan Sri Dato' Seri Panglima Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani (lahir 3 Oktober 1961) ialah seorang pegawai polis Malaysia dan Ketua Polis Negara Malaysia ke-13 sejak 4 Mei 2021. Beliau menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia dari 14 Ogos 2020 hingga 3 Mei 2021.
Acryl Sani Abdullah Sani | |
---|---|
Ketua Polis Negara Ke - 13 | |
Memegang jawatan 4 Mei 2021 | |
Dilantik oleh | Al-Sultan Abdullah |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato' Seri Anwar Ibrahim Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Menteri | Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail |
Timbalan | Tan Sri Razarudin Husain |
Didahului oleh | Tan Sri Abdul Hamid Bador |
Timbalan Ketua Polis Negara Ke - 26 | |
Dalam jawatan 14 Ogos 2020 – 3 Mei 2021 | |
Dilantik oleh | Al-Sultan Abdullah |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Menteri | Dato Seri Hamzah Zainudin |
Didahului oleh | Tan Sri Mazlan Mansor |
Digantikan oleh | Tan Sri Mazlan Lazim |
Butiran peribadi | |
Lahir | Petaling Jaya, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 3 Oktober 1961
Pasangan | Puan Sri Datin Seri Panglima Ir. Zaitun Mohd Isa |
Alma mater | Universiti Teknologi Malaysia |
Pekerjaan | Polis |
Beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.[1]
Kehidupan awalSunting
Acryl Sani dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor pada 3 Oktober 1961.[1]
PendidikanSunting
Beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam .[1] Kemudian beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan memperolehi Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) (Universiti Utara Malaysia).
KerjayaSunting
Pada 2 Februari 1986, beliau secara rasmi menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP). Sepanjang kerjayanya, beliau pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.[1]
Timbalan Ketua Polis NegaraSunting
Beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos 2020 bagi menggantikan penyandang beliau, Tan Sri Mazlan Mansor yang bersara wajib pada hari yang sama. Pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, dengan nasihat Perdana Menteri Ke - 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]
Ketua Polis NegaraSunting
Acryl menerima surat pelantikan sebagai Ketua Polis Negara pada 30 April 2021 bagi menggantikan penyandang beliau, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang tamat kontrak pada 3 Mei 2021. Beliau menerima tugas secara rasmi pada 4 Mei 2021.[2] Sungguhpun begitu, pelantikan beliau dicemari oleh dakwaan campur tangan politik, khususnya oleh Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Hamzah Zainudin. Tidak lama sebelum pelantikannya, terbocor suatu rakaman audio oleh Hamzah dengan kandungan rakaman melihatkan campur tangannya dalam pelantikan pegawai-pegawai kanan dalam kepolisan negara.[3] Perkara ini seterusnya menjadi bahan tumpuan dan serangan oleh KPN yang diganti Acryl, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam ucapan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan KPN.[4]
AnugerahSunting
MalaysiaSunting
- Malaysia :
- Kesatria Mangku Negara (KMN) (1999)[5]
- Panglima Jasa Negara (PJN) – Datuk (2019)[6]
- Panglima Mangku Negara (PMN) - Tan Sri (2021)[7]
- Perak Darul Ridzuan :
- Darjah Dato' Pahlawan Taming Sari (DPTS) – Dato' Pahlawan (2015)[8]
- Darjah Dato' Seri Panglima Taming Sari (SPTS) - Dato' Seri Panglima (2020)[9]
- Pahang Darul Makmur :
- Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) – Dato' (2006)[10]
- Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) – Dato' Sri (2016)[11]
- Pulau Pinang
- Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) – Dato' Seri (2020)[12]
- Melaka :
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2021)[13]
RujukanSunting
- ^ a b c d e Rafidah Mat Ruzki. "Acryl Sani dilantik Timbalan Ketua Polis Negara". Berita Harian Online. Dicapai pada 14 Ogos 2020.
- ^ Nor Azizah Mokhtar (30 April 2021). "Acryl Sani dilantik KPN ke-13". Berita Harian. Dicapai pada 30 April 2021.
- ^ Fareez Azman (30 April 2021). ""Bukan mirip, memang benar audio itu suara saya" - Hamzah Zainudin". Astro Awani. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ^ Abdul Hakim Rahman (30 April 2021). "KPN kritik campur tangan menteri dalam PDRM". Astro Awani. Dicapai pada 2 Mei 2021.
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 1999" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-02-14. Dicapai pada 2020-08-14.
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2019" (PDF).[pautan mati kekal]
- ^ "Senarai Nama Penerima Panglima Mangku Negara 2021" (PDF).
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2015" (PDF).[pautan mati kekal]
- ^ Acryl Sani dikurniakan dengan Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima "147 Penerima Darjah Kebesaran Pingat Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Acryl Sani dikurniakan dengan Darjah Seri Panglima Taming Sari yang membawa gelaran Dato' Sri Panglima" Check
|url=
value (bantuan). - ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2006" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-28. Dicapai pada 2020-08-14.
- ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016" (PDF).[pautan mati kekal]
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran Penang Tahun 2020" (PDF).
- ^ "KPN dahului 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka". BERNAMA. Astro Awani. 24 Ogos 2021. Dicapai pada 24 Ogos 2021.
Lantikan polis | ||
---|---|---|
Didahului oleh Mazlan Mansor |
Timbalan Ketua Polis Negara Malaysia 14 Ogos 2020 – 4 Mei 2021 |
Diikuti oleh: Mazlan Lazim |
Didahului oleh Abdul Hamid Bador |
Ketua Polis Negara Malaysia 4 Mei 2021 – kini |
Pemegang jawatan kini |