Action Max merupakan salah satu konsol dalam generasi ketiga yang dikeluarkan oleh pengeluar alat permainan kanak-kanak iaitu Worlds of Wonder. Konsol ini menggunakan media VHS bagi kesemua permainan video yang dikeluarkan, namun ianya tidak berkebolehan memainkan media VHS sebaliknya konsol ini perlu disambungkan kepada pemain VHS untuk membaca media VHS[1].

Action Max
PengilangWorlds of Wonder
JenisKonsol permainan video
GenerasiGenerasi ketiga
Ketersediaan runcitAmerika Syarikat Disember 1986
Kuasa9V DC, 500mA
CPUHD401010 (8-bit) dengan berkelajuan 4 MHz
Muatan storan1KB ROM
InputPistol pengawal

Kesemua permainan video yang dikeluarkan untuk konsol ini merupakan genre aksi tembakan dimana pembangun permainan video memanfaatkan pistol pengawal yang didatangkan bersama konsol ini[2].


Spesifikasi sunting

Konsol Action Max merupakan konsol 8-bit yang menggunakan media VHS. Namun begitu, konsol ini tidak mampu mengeluarkan output grafik sebaliknya memerlukan pemain VHS untuk memainkan media VHS dan mengeluarkan output grafik ke television[3].

Sistem teras
Cip mikropemproses HD401010 (8-bit) berkelajuan 4 MHz
RAM 32-bait
RAM video 16KB
Input dan output
Input 1 port untuk pistol pengawal
Output 1 bicu untuk audio

1 bicu untuk signal pemarkahan


Senarai permainan video sunting

Kesemua permainan video dikeluarkan dalam bentuk media VHS dan ianya bergenre aksi tembakan dimana pistol pengawal digunakan untuk menembak dan mendapatkan markah.

  • .38 Ambush Alley
  • Blue Thunder
  • Hydrosub: 2021
  • The Rescue of Pops Ghostly
  • Sonic Fury


Rujukan sunting

  1. ^ "WORLDS OF WONDER - Action Max". Old-Computers.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-23. Dicapai pada 21 September 2015.
  2. ^ "Action Max". GiantBomb.com. Dicapai pada 21 September 2015.
  3. ^ Marriott Guy. "Worlds of Wonder Action Max". Video Game Console Library. Dicapai pada 21 September 2015.