Adam & Hawa (novel)

Adam & Hawa ialah novel 2005 oleh penulis novel Malaysia Aisya Sofea.[1] Novel ini kemudiannya diadaptasi ke drama televisyen dengan tajuk yang sama, oleh syarikat penerbitan Astro, ke udara pada 27 Ogos 2012.

Adam & Hawa
Umum
PengarangAisya Sofea
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta
Penerbitan
PenerbitAlaf 21
Tarikh penerbitan
2005
Jenis media
Cetak (kulit lembut)
Halaman512
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9831242165

Sinopsis sunting

Novel ini mengisahkan mengenai seorang remaja bernama Ain Hawani, pelajar lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz untuk sementara waktu menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran ke menara gading.

Ketika bekerja di situ, Ain telah bertemu dengan Adam, membuatkan dia jatuh cinta pandangan pertama. Adam ialah seorang juruterbang syarikat MAS, kacak dan suka berkawan dengan wanita.

Namun, Ain Hawani bagaikan terpaksa melepaskan cita-citanya gara-gara ditangkap basah dituduh berkhalwat bersama Adam. Dia dipaksa berkahwin dengan Adam bagi menjaga nama baik kedua buah keluarga. Kemudian timbul perasaan benci Ain terhadap Adam kerana dia berdiam diri tidak membela situasi tersebut.

Ain kemudiannya melanjutkan pelajaran ke luar negeri, meninggalkan suaminya itu. Setelah 8 tahun berlalu, mereka secara kebetulan bertemu di hadapan pintu Masjidil Haram, Mekah.

Adaptasi sunting

Pada tahun 2012, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV bermula 27 Ogos 2012 di Astro Ria, dibintangi oleh Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa.

Rujukan sunting

  1. ^ Adam & Hawa by Aisya Sofea Goodreads. Dicapai pada 1 Mac 2013.

Pautan luar sunting