Adam Shah

Pelakon lelaki Malaysia

Nor Shah Azli Abdol Ghani atau lebih dikenali sebagai Adam Shah juga dikreditkan sebagai Adam Shahz (lahir 6 Febuari 1981) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai Ayam dalam siri drama Juvana yang bersiaran di TV3.[1]

Adam Shah
Kelahiran
Nor Shah Azli bin Abdol Ghani

(1981-02-06) 6 Februari 1981 (umur 43)
Nama lainAdam Shahz
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2008–kini
PasanganFatin Afeefa (k. 2014; c. 2017)
Anak-anak1

Kerjaya lakonan sunting

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 2008 menerusi peranan kecil dalam Akademi Polis. Tiga tahun kemudian, beliau memegang watak pesalah juvana bernama Ayam dalam siri drama Juvana yang turut dibintangi oleh Zahiril Adzim, Johan As'ari dan Syazwan Zulkifly.

Penampilan filem pertamanya ialah pada 2012 menerusi filem SAM: Saya Amat Mencintaimu arahan Syafiq Yusof lakonan Shaheizy Sam dan Lisa Surihani, yang mana beliau melakonkan watak kecil sebagai lelaki misteri. Beliau mengulangi semula watak Ayam lakonannya dalam tiga siri filem Juvana yang ditayangkan pada 2013, 2015 dan 2016.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau berkahwin dengan pelakon Fatin Afeefa pada 2014 dan dikurniakan seorang anak, pasangan ini memfailkan perceraian pada 2017.[2]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 SAM: Saya Amat Mencintaimu Lelaki Misteri Filem pertama, penampilan khas
2013 Juvana Ayam
Kolumpo Gangster 4 Penampilan khas
2014 Hantu Nan Sempit Cekeng
Cerita Hantu Malaysia Mansur
2015 Romeo Kota Zack Penampilan khas
Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Ayam
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir
2017 Dorm Melati Wanfi
Kanang anak Langkau: The Iban Warrior Renjer Kotap Bin Buang
2018 Kalla: Hidup Atau Mati Inspektor Rosdi
2019 Geran At
M.O.X: Misi Operasi X Jefro
2020 Town Mall Malik
2021 Antaramasa Tauhid
2022 Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Mejar Hisham Aziz / Slyder TUDM
Seratus Penampilan khas
Zaara
2023 Sumpahan Syaitan Ray
2024 Masterpicisan Akid Pos-produksi
TBA Perisik Pos-produksi
Geran 2 At Dalam perancangan

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Akademi Polis Sarjan Chong TV9 Drama pertama
Akukah Tanggang TV3
2009 Keliwon
2011 Juvana Ayam TV3
Nilapura Waris
Cinta Elysa Sani
Kasih Alia Farid
2012 Dendam Sarakit Ramdi
2013 Rindu Ini Milik Dia Wong TVi
AKU Zarul TV3
Duri Di Hati Rashid
2016 Anak Ke-5 Mansur
Warden Stylo Remy TV2
Mr. Boss Miss Stalker Ezham TV3
Pergilah Air Mata Iskandar TV1
2017 Pembancuh Kopi Mr. Vampire Saiful Unifi TV
Cerita Ramadan Hazim TV2
Anak Bertuah 2 Lokman
Encik Suami Mat Salih Celup Firas TV3
Gerak Khas (Musim 17) TV2 Episod: "Aplikasi"
2018 Kisah Yang Hilang Habib TV3
Legasi Vat 69 Sarjan (B) Ahmad Bin Salleh TV1
Ramadan dan Hamdan Jiman TV3
Mawar Murni Eddy
Mencari Qiblat Jiman
Destinasi Ukhuwah Hasif TV1
2019 Strike Back: Revolution Lelaki Polis Cinemax 1 episod, pelakon sampingan
Syahadat Cinta Buyong TV2
Gerak Khas (Musim 19) Episod: "Rintangan"
Rumah Siti Khadijah Zul TV3
2021 Malaysian Ghost Stories Azri Astro Ria Episod: "Nenek Kebayan"
2022 Setelah Terlafaznya Akad 2 Mus
Cinta Buat Dara Roslan TV3
2023 Isteri Halal Encik Syukri Astro Ria
Saya Tunggu Awak Darwish TV1

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Sebelum Terlupa Idris TV3
2013 Maruah Hijrah TV2
2016 Kaki Kipas Shah TV9
Siti Oh Siti Atan TV1
Calon Menantu Kamil
Playboy Kantoi Ben Danial HyppTV
2017 Biarkan Cinta Tersenyum Lagi Firdaus Astro Ria
Detik Berputar Rahman TV1
Roda Ceketeng Taib TV2
Cekelat Semanis Honey Shahrul Astro Citra
2018 Tahyatul Terakhir TV1
Jodoh Tak Salah Alamat Ijoy TV3
Vivi Si Perigi Arman NTV7
2019 Kenduri Hari Merdeka Adam TV3
2020 Mencari Muhammad TV1
2022 Ke Hujung Nyawa Aliff TV AlHijrah
2023 Selendang Putih Khairul TV2
Nak Salam Boleh? TV1
2024 Tahyatul Akhir TV2

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2017 Kembara 5 Dirinya sendiri TVi

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Harapan Lelaki Terbaik (Juvana 2) Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Amerul Haswendy Ashari (20 Ogos 2018). Semangat membara Adam Shahz Harian Metro. Diperoleh pada 23 Ogos 2018.
  2. ^ Feride Hikmet Atak (3 Ogos 2017). Adam, Fatin bercerai bukan kerana orang ketiga Berita Harian. Diperoleh pada 23 April 2018.

Pautan luar sunting