Adam Sinclair

pengarah dan videografer Malaysia

Adam Youssof Mohamed Sinclair (lahir 11 Ogos 1983) ialah seorang pengarah filem dan muzik video Malaysia dan adik kepada Ashraf dan Aishah Sinclair. Beliau pernah memenangi trofi Festival Filem Malaysia ke-25 bagi kategori Filem Pendek Terbaik menerusi filem pendek Sanzaru pada 2012.[1]

Adam Sinclair
Kelahiran
Adam Youssof Mohamed Sinclair

(1983-08-11) 11 Ogos 1983 (umur 40)
Warganegara
Pusat pendidikanPanico Film School, London
PekerjaanPengarah filem
PasanganYuna (k. 2018)
Ibu bapaMohamed Anthony John Sinclair (bapa)
Khadijah Abdul Rahman (ibu)
SaudaraAshraf Sinclair (abang)
Aishah Sinclair (kakak)
Bunga Citra Lestari (kakak ipar)

Kerjaya sunting

Adam Sinclair merupakan lulusan di Panico Film School, London pada 2006. Beliau telah bekerja dalam pelbagai projek pembikinan filem termasuk iklan, video korporat, muzik video, TV dan filem.

Pada tahun 2012, filem pendek beliau, Sanzaru telah memenangi Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-25. Beliau juga telah memenangi Adsfest Advertising Awards di Pattaya, Thailand bagi hasil kerjanya dalam iklan New Straits Times, bertajuk ‘Caught In The Fire’ dan ‘Cloud of Confusion’.

Sebagai pengarah muzik video, Adam telah mengarahkan muzik video lagu nyanyian isterinya, Yuna termasuk "Forevermore" dan "Blank Marquee".

Kehidupan peribadi sunting

Pada 5 Ogos 2017, Adam melangsungkan pertunangannya dengan penyanyi Yunalis Zarai (Yuna), di kediaman keluarga Yuna di Shah Alam, Selangor selepas empat tahun berkenalan.[2] Majlis pertunangan pasangan itu hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan karib, upacara merisik diadakan pada 27 Mac 2017.[2][3] Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 26 Januari 2018.[4][5]

Filemografi sunting

Filem pendek sunting

  • Sanzaru (2012) - pengarah

Muzik video sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Kenali Adam Sinclair, ‘crush’ Yuna Zarai Glam Lelaki. Dicapai pada 26 Ogos 2017.
  2. ^ a b "Yuna, Adam Sinclair selamat bertunang". Sinar Harian. 5 Ogos 2017. Dicapai pada 6 Ogos 2017.
  3. ^ "Yuna gonna believe it! Yuna, Adam Sinclair officially engaged". NST Online. 2017-08-05. Dicapai pada 2017-08-07.
  4. ^ "Yuna dan Adam selamat bernikah di Bentong, Pahang". Astro Awani. 26 Januari 2018. Dicapai pada 3 Februari 2018.
  5. ^ Gordon Kho (26 Januari 2018). "Singer Yuna marries fiance Adam Sinclair in a small ceremony in Pahang". Star2. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-26. Dicapai pada 3 Februari 2018.

Pautan luar sunting