Adas pedas
Adas, adas pedas, adas landi atau jintan hitam (nama botani: Foeniculum vulgare)[2][3][4] ialah satu spesies ulam dalam genus Foeniculum keluarga Apiaceae[1] yang berasal daripada Eropah selatan (khususnya Laut Mediterranean) dan Asia barat daya.
Adas pedas | |
---|---|
Pokok adas berbunga. | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | F. vulgare
|
Nama binomial | |
Foeniculum vulgare | |
Sinonim[1] | |
Senarai
|
Penamaan
suntingPerkataan adas diturunkan daripada kata akar bahasa Austronesia Proto, *hadas.[5] Nama adas pedas (Jawi: ادس ڤدس ) datang daripada rasa pedasnya.[6]
Botani
suntingPokok
suntingPokok adas ialah tumbuhan herba jenis saka. Batangnya tegak, banyak ranting dan tumbuh sehingga 2–2.5 meter. Daun-daunnya tumbuh sehingga 30–40 sentimeter panjang, berkelaran halus yang dibahagikan kepada remabut halus kira-kira 0.5 milimeter lebar.[7][4]
Bunga dihasilkan pada jambak payung di hujung tangkai dengan lebarnya antara 5 hingga 17.5 sentimeter. Setiap jambak mempunyai 20-50 kuntum bunga kuning yang amat kecil pada pedikel yang pendek, kuntum ini mempunyai 5 kelopak.[7]
Buah
suntingBuahnya berwarna perang, kering dengan ukuran 4 hingga 9 milimeter panjang dan lebar separuh panjangnya, beralur dan mempunyai rasa seperti jintan manis.[7]
Penanaman
suntingDaun pokok adas digunakan sebagai makanan oleh larva sebilangan spesies Lepidoptera, termasuk rama-rama spesies Amphipyra tragopoginis dan Papilio zelicaon.
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz) | |
---|---|
Tenaga | 130 kJ (31 kcal) |
Karbohidrat | 7.29 g |
- Serabut diet | 3.1 g |
Lemak | 0.20 g |
Protein | 1.24 g |
Tiamina (vit. B1) | 0.01 mg (1%) |
Riboflavin (vit. B2) | 0.032 mg (3%) |
Niasin (vit. B3) | 0.64 mg (4%) |
Asid pantotenik (B5) | 0.232 mg (5%) |
Vitamin B6 | 0.047 mg (4%) |
Folat (vit. B9) | 27 μg (7%) |
Vitamin C | 12 mg (14%) |
Kalsium | 49 mg (5%) |
Besi | 0.73 mg (6%) |
Magnesium | 17 mg (5%) |
Fosforus | 50 mg (7%) |
Kalium | 414 mg (9%) |
Zink | 0.20 mg (2%) |
Manganese 0.191 mg | |
Peratusan dianggarkan menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa. Sumber: USDA Nutrient Database |
Adas ditanam secara meluas, terutama di taburan tempatan dan kawasan-kawasan lain, bagi daun dan biji benihnya yang berbau kuat, yang kadang-kadang turut dikenali sebagai "jintan hitam". Perisanya menyerupai jintan dan bunga lawang, sungguhpun tidak sekuatnya.[8]
Adas (Foeniculum vulgare kumpulan Azoricum; atau juga F. vulgare var. azoricum) adalah kumpulan yang ditanam dengan pangkal membentuk struktur bebawang. Ia biasanya ditanam, dan mempunyai perisa jintan serdahana, tetapi lebih harum dan manis. Perisanya terhasil dari anethole, bahan wangi yang juga terdapat pada jintan dan bunga lawang. Pokok adas adalah lebih kecil berbanding jenis liar dan mempunyai bebawang yang di makan sebagai sayuran, sama ada dimasak atau begitu sahaja. Terdapat beberapa jenis kultivar adas yang juga dikenali dengan beberapa nama.[9]
Pokok adas telah menjadi tumbuhan semula jadi sepanjang jalan, dipadang ragut, dan kawasan terbuka lain di kebanyakan kawasan, termasuk Eropah utara, Amerika Syarikat, selatan Kanada dan dikebanyakan Asia dan Australia. Ia membiak dengan mudah melalui biji benih, dan dianggap spesies ceroboh dan rumpai di Australia dan Amerika Syarikat.[10] (lihat Pulau Santa Cruz)
Adas merupakan salah satu dari tiga bahan herba utama yang digunakan dalam penyediaan absinthe, minuman campuran beralkohol yang pada asalnya sebagai elixir perubatan di Switzerland dan menjelang akhir kurun ke-19 menjadi minuman beralkohol popular di Perancis dan negara lain. Pokok adas juga diketahui sebagai perangsang[11], sungguhpun kebanyakan persediaan moden memasarkannya di bawah nama "absinthe" tidak menyebutnya sebagai itu.
Kegunaan perubatan
suntingLihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ a b "Foeniculum vulgare Mill". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 22 Januari 2023.
- ^ Muhamad Zakaria; Mustafa Ali Mohd. Traditional Malay Medicinal Plants. m/s. 172. ISBN 978-983-068-385-0.
- ^ "Foeniculum vulgare". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
- ^ a b Hean Chooi Ong (2008). Rempah-ratus: khasiat makanan & ubatan. Kuala Lumpur, Malaysia: Utusan Publications. m/s. 43, 56–57. ISBN 9676121053.
- ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*hadas — anise, aniseed, fennel: Foeniculum vulgare". Austronesian Comparative Dictionary. Dicapai pada 18 November 2017.
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "adas". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 5 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ a b c Spellenberg, Richard (2001) [1979]. National Audubon Society Field Guide to North American Wildflowers: Western Region (ed. dikemas). Knopf. m/s. 339–340. ISBN 978-0-375-40233-3.
- ^ Katzer's Spice Pages: Fennel (Foeniculum vulgare Mill.)
- ^ Germplasm Resources Information Network: Foeniculum vulgare Diarkibkan 2009-01-20 di Wayback Machine
- ^ Common Fennel
- ^ "Database Entry: Fennel - Foeniculum vulgare, Fennel - Foeniculum vulgare, Fennel - Foeniculum vulgare". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-14. Dicapai pada 2008-09-07.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Adas pedas. |