Adat berserumah tangga Melayu

Menurut adat resam Melayu, semua ahli keluarga, khususnya anak-anak, terikat secara ketat supaya menghormati ibu bapa mereka sebagai ketua keluarga serta juga orang yang menyara dan membesarkan mereka. Oleh itu, kesetiaan dan kepatuhan yang tidak dapat dipersoalkan harus diberikan kepada mereka, dengan semua rasa hormat yang patut diberikan ditunjukkan dalam segala perbuatan dan tingkah laku sehari-hari. Umpamanya, apabila seorang anak disuruh oleh ibu atau bapanya, dia harus menghadirkan diri dengan secepat mungkin dalam pakaian yang wajar, termasuk pemakaian songkoknya (kecuali jika anak itu terlalu kecil untuk mematuhi adat ini).

Pada zaman silam, seorang anak yang bersemuka dengan ibu bapanya dengan rokok pada mulutnya dianggap terlalu menghina, walaupun anak itu sudahpun menjadi bapa pada dirinya. Ketika seseorang anak berhadapan dengan ibu bapanya, dia harus berkelakuan baik dan menghormati ibu bapanya. Umpamanya, dia tidak boleh menyilangkan kakinya ketika berdudukan di atas kerusi, atau duduk dengan satu kaki tegak di atas lantai. Anak perempuan diwajibkan berkelakuan lebih lembut dan lebih menghormati ibu bapanya. Serupa juga, seseorang yang lebih muda harus menghormati orang-orang yang lebih tua.

Malangnya, adat ini hampir pupus, khususnya di kalangan orang Melayu bandar dan moden yang terlalu dipengaruhi oleh adat Barat.

Rujukan sunting

  • Alwi bin Sheikh Alhadi. Malay Customs and Traditions (1962). Percetakan Universiti-universiti Timur Ltd. (pra-ISBN)