Adham Baba

ahli politik dan menteri kesihatan semasa Malaysia

Dato' Sri Dr. Adham bin Baba (Jawi: ادهم بن بابا; lahir 6 Oktober 1962) merupakan seorang ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Kesihatan dari 10 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Tenggara sejak 2018 hingga kini. Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Johor Pasir Raja pada 2008 hingga 2018.[2]


Adham Baba

SSAP, SIMP (Pahang); DMSM (Melaka); AP
ادهم بن بابا
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Ahmad Amzad Hashim
Didahului oleh Khairy Jamaluddin
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Tenggara, Johor
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Halimah Mohamed Sadique
Digantikan olehManndzri Nasib
Menteri Kesihatan
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
Timbalan Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri Kesihatan I
Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang
Timbalan Menteri Kesihatan II
Yang di-Pertuan AgongAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Didahului oleh Dzulkefly Ahmad
Digantikan oleh Khairy Jamaluddin
Anggota Dewan Negeri Johor
untuk Pasir Raja
Dalam jawatan
2008–2018
Didahului oleh Halimah Mohamed Sadique
Digantikan oleh Rashidah Ismail
Majoriti6,972 (2008)
Butiran peribadi
Lahir (1962-10-06) 6 Oktober 1962 (umur 61)
Sg Dulang Rengit, Batu Pahat, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik UMNO (1991-Kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (1991-Kini)
PasanganDatin Sri Taibah Tabrani (meninggal 2007)
Datin Sri Hajah Nor Zamani Abdol Hamid
Anak-anak5
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor
GajiRM57,845.63 sebulan[1]
Nilai bersihRM2.5 ke 5 juta[1]
KabinetKabinet Malaysia 2020

Kerjaya

Adham berkelulusan ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dari Universiti Malaya pada tahun 1987. Selepas graduasi, beliau bertugas sebagai pegawai perubatan di Kementerian Kesihatan pada 1988 hingga 1990. Pada tahun yang sama, Adham memulakan kerjaya pertama beliau sebagai seorang doktor perubatan dalam sektor swasta pada 1990 hingga sekarang. Beliau mempunyai sebuah klinik peribadi iaitu Klinik Adham Sdn. Bhd. dan 18 cawangan klinik tersebut.[3]

Beliau mula terlibat dalam politik pada 1991 dengan memegang jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Senai. Selepas itu, beliau mula memegang portfolio penting di kementerian. Antaranya, Pegawai Khas Pendidikan di Kementerian Belia dan Sukan dari tahun 2000 hingga 2004. Pada tahun 2004, beliau telah bertugas sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi sehingga 2008.[3]

Beliau turut memegang beberapa jawatan tinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan antaranya Pro Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada 2013 hingga 2018.[3] Selain itu, beliau pernah menjadi Pengerusi UniKL Medical Services Sdn Bhd. pada 2010 hingga 2015.[3]

Pada 2004, beliau telah diberikan mandat oleh penduduk di Dewan Undangan Negeri Pasir Raja, Johor dan terpilih menjadi wakil rakyat apabila berjaya meraih majoriti undi. Beliau menjadi ADUN kawasan itu sehingga 2018. Beliau meningkatkan kerjaya politiknya dengan bertanding bagi kerusi Parlimen Tenggara dalam pilihan raya umum ke-14 dan berjaya meraih kemenangan.[3]

Kontroversi

Dakwaan Minum Air Suam Mencegah Covid-19

Pada 19 Mac 2020, Adham dalam wawancara Bicara Naratif di TV1, menasihat orang ramai bahawa minum air suam dapat mencegah jangkitan penyakit COVID-19 kerana virus tersebut tidak tahan panas, dan apabila dialirkan dari kerongkong ke dalam perut, asid dalam perut dapat membasmi virus. Dakwaan beliau seterusnya menjadi viral dalam laman media sosial, dengan ramai netizen yang mempersoalkan saranan beliau.[4]

Nur Amalina Che Bakri mengkritik Adham kerana tidak ada sumber saintifik yang membuktikan asid dalam perut dapat membunuh virus.[5] Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga pernah memberi nasihat bahawa walaupun mengambil air yang mencukupi adalah penting untuk menjaga kesihatan badan, ia tidak dapat mencegah jangkitan koronavirus,[6] manakala bekas Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye juga menyangkal pendapat tersebut. Boon Chye menjelas bahawa COVID-19 adalah jangkitan saluran pernafasan yang amat dalam, sedangkan minum air suam melibatkan sistem gastrointestinal yang mempunyai laluan berbeza, walaupun berkongsi kawasan umum di dalam kerongkong. Beliau juga berpendapat bahawa walaupun suhu panas dapat membunuh virus, tetapi air yang diminum perlu mencapai suhu yang amat tinggi, dan pesakit akan mati dahulu kerana air panas disiram terus ke paru-paru dan membanjirinya.[7][8]

Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah turut membantah dakwaan Adham, dan menekankan bahawa rawatan untuk semua pesakit COVID-19 sentiasa berdasarkan bukti-bukti saintifik.[9]

Hantaran Politik di Laman Facebook Kementerian Kesihatan

Pada 15 April 2020, laman rasmi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi sebuah hantaran daripada halaman "Friends of Adham Baba".[10] Hantaran tersebut memuji sumbangan Adham dalam menangani pandemik COVID-19 dan juga mendakwa Kerajaan Pakatan Harapan tidak efektif dalam menentang krisis tersebut.[11][12]

Hantaran tersebut dipadamkan selepas dikritik oleh para netizen yang menganggap bahawa Kementerian Kesihatan sepatutnya bersikap neutral dan tidak melibatkan unsur politik.[13]

Dakwaan Kerajaan Pakatan Harapan Gagal Membendung Kluster Himpunan Tabligh

Pada 18 April 2020, dalam sebuah sesi telesidang dengan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang disiar langsung, Adham mendakwa bahawa Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini gagal membendung kluster himpunan tabligh yang menjadi kluster terbesar penyakit COVID-19 dalam Malaysia.[14] Beliau dilaporkan berkata bahawa sekiranya kerajaan PH ketika itu berjaya membendung penularan Covid-19, Malaysia hanya akan berdepan kluster jangkitan yang kecil.[15]

Himpunan tabligh yang melibatkan 16,000 peserta telah diadakan pada Februari 27 hingga Mac 1 di Masjid Jamek Sri Petaling, dan pada masa itu, Malaysia dipimpin oleh Mahathir bin Mohamad yang menjadi perdana menteri sementara, negara tiada kerajaan sepanjang tempoh itu. Krisis politik tersebut berlaku susulan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan sebahagian ahli parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang sebelum ini merupakan parti komponen Pakatan Harapan, membuat keputusan untuk tarik diri daripada pakatan tersebut dan menubuhkan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional serta Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Perikatan Nasional yang baru ditubuhkan membentuk kerajaan pada Mac 1, tanpa malalui pilihan raya.[16][17][18]

Kementerian Kesihatan tidak mempunyai Menteri Kesihatan bermula 24 Februari apabila kabinet dibubarkan, dan keadaan ini berterus sehingga Kabinet Muhyiddin mengangkat sumpah pada Mac 9 semasa COVID-19 semakin menular di Malaysia.[19]

Dakwaan beliau dibidas oleh beberapa ahli parlimen daripada Pakatan Harapan, termasuk bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad. Syed Saddiq berkata bahawa Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab semasa kluster tabligh ialah Perdana Menteri kerajaan terkini, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dr Dzulkefly pula menyatakan bahawa kelulusan perhimpunan itu berada di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri yang dipimpini Muhyiddin, bukan Kementerian Kesihatan.[20][21]

Kenyataan "Telesidang WHO bersama 500 negara"

Pada 18 April 2020, dalam sebuah sesi telesidang dengan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang disiar langsung, Adham berkata bahawa beliau telah menyertai sesi video-conferencing Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melibatkan 500 negara. Ahmad Zahid pula mengucapkan tahniah beberapa kali semasa Adham menceritakan tentang perkara tersbut. Adham juga berpendapat bahawa beliau amat yakin pencapaiannya sebagai Menteri Kesihatan diiktiraf seluruh dunia.[22] Petikan perbualan dalam video berkenaan kemudian ditularkan netizen, yang rata-ratanya menjadikan kenyataan beliau sebagai bahan jenaka.[23]

Pada hari kemudian, Adham mengakui bahawa beliau tersilap cakap dan menjelaskan apa yang ingin disampaikan adalah video-conferencing bersama 500 penyerta dari 50 negara.[24] Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan foto yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Kementerian Kesihatan pada 27 Mac, yang menunjukkan konferensi WHO yang melibatkan hampir 500 peserta, dan salah satu peserta merupakan Pusat Penyediaan dan Maklum Balas Krisis (CPRC) di bawah penyeliaan KKM.[25][26]

Kehidupan peribadi

Adham berkahwin dengan Taibah Tabrani dan mempunyai 3 cahaya mata dan 2 anak angkat. Pada 23 April 2007, isteri Adham menderita asma dan pengsan di rumahnya selepas mengalami masalah pernafasan. Beliau kemudian dikejarkan ke hospital namun telah diumumkan meninggal dunia. Pada waktu itu, Adham berada di Auckland, New Zealand atas tugas rasmi.[27]

Anugerah

Rujukan

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ "Who is Dr Adham Baba, the health minister who will lead fight against Covid-19?". Malay Mail. 9 Mac 2020. Dicapai pada 10 Mac 2020.
  3. ^ a b c d e "Dr Adham Baba terajui Kementerian Kesihatan". Astro Awani. 9 Mac 2020. Dicapai pada 10 Mac 2020.
  4. ^ "Air suam tak cegah jangkitan Covid-19, kata persatuan perubatan". FMT News. Free Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-03-22. Dicapai pada 2020-04-20.
  5. ^ "Health Minister's 'warm water method' to kill coronavirus questioned". The Star.
  6. ^ "Health Minister Claims Warm Water Can Kill Coronavirus Because It "Doesn't Like Heat"". Says.
  7. ^ "Trying to stop Covid-19 with warm water would kill patient first: Lee Boon Chye". The Sun Daily. The Sun Daily.
  8. ^ "Minum air suam atau alkohol tidak berkesan cegah COVID-19 - Dr Lee". Astro Awani. Astro Awani.
  9. ^ "Health DG appears to disagree with Health Minister on Warm Water claim". The Rakyat Post.
  10. ^ "Friends of Adham Baba". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-20. Dicapai pada 2020-04-20.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  11. ^ "Health Ministry's political post on Facebook page irks netizens". Edgeprop.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-20.
  12. ^ "Tweet with a screenshot of the political post in question". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-13. Dicapai pada 2020-04-20.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  13. ^ "Political post on Health Ministry's Facebook page causes a stir". Malaysiakini (dalam bahasa Inggeris). 2020-04-14. Dicapai pada 2020-04-20.
  14. ^ "Sri Petaling Tabligh gathering remains Msia's largest Covid-19 cluster". New Straits Times. New Straits Times. Dicapai pada 19 April 2020.
  15. ^ "Fact-Checking Dr Adham Baba's Claim That PH Failed To Contain The Tabligh Cluster". Says.
  16. ^ "Beset at its birth - Malaysia's new government may be even more unstable than old one". The Economist. The Economist. Dicapai pada 19 April 2020.
  17. ^ "Malaysia's Health Minister blames previous PH govt for failure to contain Covid-19 surge". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 2020-04-18. Dicapai pada 2020-04-19.
  18. ^ "Dzulkefly says efforts to contain Covid-19 hijacked by 'Sheraton Move'". Malay Mail. Malay Mail.
  19. ^ "Malaysia's new Cabinet ministers sworn in". CNA. Mediacorp TV. Dicapai pada 19 April 2020.
  20. ^ "Dzul: Maybe ex-home minister Muhyiddin 'too focused elsewhere' to realise tabligh event". Malaysiakini. Malaysiakini. Dicapai pada 19 April 2020.
  21. ^ "Syed Saddiq bidas dakwaan Dr Adham". Sinar Harian. Sinar Harian. Dicapai pada 19 April 2020.
  22. ^ "Health minister mocked over '500 countries' claim". The Malaysian Insight.
  23. ^ "Twitterjaya abuzz over health minister's '500 countries' remark". Malaysiakini. Malaysiakini. Dicapai pada 19 April 2020.
  24. ^ Ar, Zurairi. "'500 participants, not countries': Dr Adham Baba explains slip of tongue in Covid-19 video call | Malay Mail". www.malaymail.com. Dicapai pada 2020-04-19.
  25. ^ "KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-19.
  26. ^ "KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA". www.facebook.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-19.
  27. ^ "Parlimentary secretary's wife dies". The Star. 23 April 2007. Dicapai pada 10 Mac 2020.
  28. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2003" (PDF).[pautan mati kekal]
  29. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2013" (PDF).[pautan mati kekal]
  30. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016" (PDF).[pautan mati kekal]