Adi Akmal bin Sehrom

Haji Adi Akmal bin Sehrom yang lebih dikenali sebagai Adi Devotees adalah salah seorang anggota kumpulan Devotees yang merupakan sebuah kumpulan nasyid yang popular di Malaysia.[1] Adi Akmal bin Sehrom dilahirkan pada 1 April 1986. Beliau merupakan anak kelahiran Johor Bahru, Johor. Beliau juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[2] Selain menyanyi, beliau juga bekerja sebagai penyampai berita di stesen televisyen Islamik iaitu TV AlHijrah.


Adi Akmal Sehrom
Kelahiran
Adi Akmal bin Sehrom

(1986-04-01) 1 April 1986 (umur 38)
Nama lainAdi Devotees
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penyampai berita
Tahun aktif2005–kini
PasanganPuteri Nur Asyiqin Abdul Aziz (k. 2017)
Anak-anakAira Sofia
Saudara
Kerjaya muzik
GenreNasyid
Syarikat rakaman
DME Records (2005-2007)
NAR Records (2005-2007)

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
2010–24 Berita Alhijrah Penyampai berita TV Alhijrah

Rujukan sunting