Adi Priyo Sambodo
Adi Priyo Sambodo (lahir 1 Oktober 1983) ialah seorang penyanyi, pemuzik, penulis lagu, penggubah lagu, dan penerbit rakaman Malaysia kelahiran Indonesia. Beliau terkenal sebagai vokalis utama dan pencipta lagu kumpulan muzik gabungan Malaysia dan Indonesia, 6ixth Sense.[1]
Adi Priyo Sambodo | |
---|---|
Juga dikenali sebagai | Adi 6ixth Sense |
Kelahiran | Jember, Indonesia | 1 Oktober 1983
Genre | Hard rock, pop rock |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu, penggubah lagu, penerbit rakaman |
Instrumen | Vokal, gitar |
Tahun aktif | 2004–kini |
Syarikat rakaman | 6ixth Sense Production |
Pengkarya berkait | 6ixth Sense, Manusia Putih |
Kehidupan peribadiSunting
Adi dilahirkan pada 1 Oktober 1983 di Kabupaten Jember, Indonesia. Beliau berhijrah ke Kuala Lumpur, Malaysia dan menerima taraf penduduk tetap negara ini. Beliau berkahwin dengan Natasha Januari pada 2016.[2][3]
KerjayaSunting
6ixth SenseSunting
Adi merupakan vokalis kumpulan 6ixth Sense sewaktu penubuhannya pada 2005. Beliau menjadi ahli tetap kumpulan ini dan bertanggungjawab mengarang dan menulis kebanyakan lagu untuk kumpulan ini.[4]
Manusia PutihSunting
- Lihat juga: Manusia Putih
Selain 6ixth Sense, Adi ialah salah seorang ahli kumpulan Manusia Putih. Manusia Putih pada awalnya ialah nama pena Adi yang dikenali kerana mencipta lagu "Kisah Hati" nyanyian Alyah. Kumpulan ini juga telah mencipta dan menulis lagu untuk beberapa penyanyi lain.[5]
DiskografiSunting
- 6ixth Sense
- Hari Ini (2006)
- 6ixth Sense (2007)
- +-×÷ (2010)
- Cintaku Padamu Seluas Angkasa (2014)
RujukanSunting
- ^ Adi sukses jadi penyanyi di Malaysia Antara News (24 September 2012). Diperoleh pada 28 Oktober 2012.
- ^ Farhana Ab Rahman (15 Jun 2016). Muka Adi 6ixth Sense tambah bulat Berita Harian. Dicapai pada 1 Julai 2016.
- ^ Wanita biasa idaman Adi 6ixth Sense Kosmo! (2 November 2014). Dicapai pada 1 Disember 2014.
- ^ 6ixth Sense bebas bergeram sendiri Harian Metro (10 Mac 2015). Dicapai pada 28 Oktober 2015.
- ^ Manusia Putih gabungan 4 pemuzik berlainan genre Malaysia Gazette (1 November 2017). Dicapai pada 1 November 2017.