Buka menu utama

Adi ibn Hatim ialah raja bagi suku kaum Arab Bani at-Ta'i. Pada awalnya, beliau yang beragama Kristian bersikap memusuhi Islam hampir dua puluh tahun.

PengislamannyaSunting

Beliau masuk Islam setelah mendengar akan keterangan Nabi Muhammad berkenaan cara beliau mengambil harta rampasan perang.

Beliau juga ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk melihat dua daripada tiga mukjizat baginda.

PerjuangannyaSunting

Terlibat dalam peperangan menentang tentera kaum yang murtad di zaman Abu Bakar. Hasil usahanya bersama Khalid bin al-Walid, Adi berjaya menarik semula mereka yang murtad untuk bertaubat dan bergabung dengan tentera Islam.

Ketika di dalam kempen Peperangan Islam-Riddah, Adi berjaya membunuh salah seorang panglima kaum murtad.

Di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid, ketika menentang tentera Parsi Sassanid, beliau dilantik untuk memimpin pasukan kecil ketika Perang Ullais.

Ketika terjadinya Perang Jamal dan Perang Siffin, beliau berperang bagi pihak Ali bin Abi Thalib.