Aditya Pancholi

Aditya Pancholi (lahir Nirmal Pancholi; 4 Januari 1965) ialah seorang pelakon, penerbit dan penyanyi latar India yang tampil dalam industri perfielman Bollywood.[1] Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon utama dengan meraih kejayaan dengan peranan-peranan negatif dan pembantu dan meraih pencalonan Filmfare untuk Penampilan Terbaik dalam sebuah Peranan Negatif untuk filem Yes Boss (1997).

Aditya Pancholi
Aditya Pancholi.jpg
Kelahiran
Nirmal Pancholi

(1965-01-04) 4 Januari 1965 (umur 57)
Nama lainAditya Pancholi
Nirmal Pancholi

Pancholi memulakan kerjayanya melalui filem televisyen yang diterbitkan oleh Nari Hira dan berlakon dalam Sasti Dulhan Mehnga Dulha (1986). Pancholi mula terkenal sewaktu menjayakan peranan penting dalam Maha-Sangram (1990). Beliau mencapai puncak kerjayanya pada akhir 1980-an dan awal 1990-an. Kejayaan komersialnya yang terbesar sebagai pelakon utama sekaligus peranannya yang terbaik dilakonannya ialah dalam Saathi (1991) arahan Mahesh Bhatt.

RujukanSunting

  1. ^ "Aditya Pancholi sentenced to one year imprisonment in 2005 assault case". Deccanchronicle.com. 5 November 2016. Dicapai pada 22 August 2018.

Pautan luarSunting