Adjie Mindosio Pangestu (lahir di Semarang, Jawa Tengah, 5 November 1969; umur 54 tahun) merupakan seorang pelakon lelaki Indonesia.

Adjie Pangestu
Kelahiran
Adjie Mindosio Pangestu

(1969-11-05) 5 November 1969 (umur 54)
PekerjaanPelakon
PasanganAnnisa Trihapsari (1999-2002, bercerai)
Nadia Natasha Al Kalifi (2007-2009, bercerai)
Novita Petria (2017)
Anak-anakMuhammad Rafi Akbar Putra Pangestu

Kerjaya sunting

Adjie memulakan kerjayanya dari pentas model, kemudian berkembang ke sinetron. Sinetron pertamanya adalah Mahkota Majapahit (1994) dan menyusul kemudian Kaca Benggala bersama Meriam Bellina. Sinetron yang dibintanginya antara lain: Harga Diri, Mawar Sejati Mawar Berduri, Sayangi Aisyah, Tersanjung 6, Misteri Nini Pelet, "Bulan Berkaca", Kalau Cinta Sudah Bicara, Iman, Cincin, Pintu Hidayah, Pria Rumah Tangga (PRT), Mister Bego, dan Jangan Ada Dusta.

Kehidupan peribadi sunting

 
Adjie dan Annisa

Adjie Pangestu berkahwin dengan Annisa Tribanowati (kini menukar nama Annisa Trihapsari) pada 23 Mac 1999. Mereka dikurniakan seorang anak bernama Muhammad Rafi Akbar Putra Pangestu. Perkahwinan tersebut hanya bertahan selama 3 tahun. Disebabkan adanya orang ketiga mengakhiri perkahwinan mereka. Kemudian mereka juga sempat bertengkar mengenai hak penjagaan anak, bahkan sehingga mengadu dipukul.[1]

Selepas bercerai dengan Annisa, Adjie dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Nadia Natasha Al Kalifi kemudian putus disebabkan seorang pelakon, Sisca Dewi. Namun pada 8 Jun 2007, dua minggu setelah bekas isterinya berkahwin, Adjie akhirnya berkahwin dengan Nadia Natasha Al Kalifi. Setelah mengalami beberapa pertengkaran akhirnya Adjie-Nadia secara rasmi bercerai pada 7 Oktober 2009 [2]

Filemografi sunting

Sinetron sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting