Adnan Abu Hassan (ahli politik)

ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Dato' Adnan bin Abu Hassan ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau ialah Ahli Parlimen Kuala Pilah sejak 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi DUN Senaling pada 2018 hingga 2023, dan bagi DUN Pilah pada 2008 hingga 2013[1].

YB Dato'

Adnan Abu Hassan

DBNS (Negeri Sembilan)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehEddin Syazlee Shith
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Senaling
Dalam jawatan
10 Mei 2018 – 1 Julai 2023
Didahului olehIsmail Lasim
Digantikan olehIsmail Lasim
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Pilah
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului olehNorhayati Omar
Digantikan olehNorhayati Omar
Butiran peribadi
Lahir (1970-02-17) 17 Februari 1970 (umur 54)
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
PasanganDatin Ramadhawati Wahab
Anak-anak5
  • Muhammad Faris
  • Muhammad Mirza
  • Muhammad Khalis
PekerjaanAhli politik

Latar belakang sunting

Adnan dilahirkan pada 17 Februari 1970 di Kuala Pilah. Beliau mendapat pendidikan di SK Senaling, SMK Tuanku Muhammad dan Sekolah Dato’ Abdul Razak di Seremban. Kemudian beliau menyambung pengajian sarjana muda dalam undang-undang di Universiti Malaya.

Adnan telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Ramadhawati Wahab dan dikurniakan lima anak.

Politik sunting

Dalam penglibatan politik, Adnan pernah dilantik Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah pada 2008 hingga 2013. Beliau mula bertanding dalam pilihan raya pada 2008 di DUN Pilah dan menjadi ADUN selama sepenggal.

Rujukan sunting

  1. ^ SHAHARI, NAZARUDIN (2022-11-18). "Masa Adnan lebih bersama dengan rakyat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-09-24.