Adnan Runner
Adnan Runner ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Azmi Hatta, dan dibintangi oleh Imran Aqil, Bella Dowanna ,Wanns Ahmad , Eleen Arisha dan Atira Karma . Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 Mulai 11 Mei 2023 menggantikan Bintang.[1]
Adnan Runner | |
---|---|
Genre |
|
Pengarah | Azmi Hatta |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit | David Teo |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | MIG Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Lestary) |
Format gambar | |
Siaran asal | 11 Mei 2023 – 8 Jun 2023 |
Kronologi | |
Mengikuti | Bintang |
Diikuti oleh | Diva Seroja |
Sinopsis Sunting
Mengisahkan Adnan (Imran Aqil) yang bekerja sebagai despatch terpaksa menukar kerjayanya setelah syarikat tempatnya bekerja terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan. Adnan mula berasa buntu dan bosan duduk di rumah. Adnan yang tinggal bersama rakan baiknya Bobby (Wanns Ahmad), cuba untuk mencari dan memulakan pekerjaan baharu. Namun, pekerjaan yang dilakukan dirasakan tidak sesuai dengan jiwanya yang selama ini sering bekerja dengan menunggang motor di jalan raya.
Adnan dan Bobby akhirnya mengambil peluang bekerja sebagai runner sambilan memandangkan Adnan sememangnya seorang yang aktif meluncur di jalan raya dengan motornya. Adnan sangat komited dengan kerjaya baharunya. Dia tabah diduga dengan pelbagai situasi apabila berhadapan dengan peniaga dan pelanggan yang mempunyai pelbagai kerenah. Keikhlasan Adnan dalam menjalankan tugasnya, berjaya mengatasi segala situasi yang dihadapinya termasuklah sindiket pengedaran dadah terancang yang ingin memerangkap Adnan sebagai keldai dadah. Bagaimanakah Adnan melepaskan diri daripada perangkap penjenayah yang licik itu?
Pelakon Sunting
Pelakon utama Sunting
- Imran Aqil sebagai Adnan
- Bella Dowanna sebagai Nadia
- Wanns Ahmad sebagai Bobby
- Eleen Arisha sebagai Wawa
Pelakon pembantu Sunting
- Kazar Saisi sebagai Tuan Jenal
- Dai Fuad sebagai Roy
- Rashdan Baba sebagai Datuk Latiff
- Elmy Moin sebagai Madi
- Sarah Monika sebagai Wana
- Ron Isa sebagai Megat
- Atira Karma sebagai Sarah
- Suhaimi Azli sebagai Saiful
- Razdan Shamsudin sebagai Syakir
Rujukan Sunting
- ^ Drama Adnan Runner. MyInfotaip. Dicapai 11 Mei 2023