Adnan Sempit (siri filem)

Adnan Sempit merupakan sebuah siri filem berkaitan dengan Adnan, seorang mat rempit di Kuala Lumpur.[[:]] Siri filem yang dihasilkan oleh Metrowealth Movies Production ini terdiri daripada filem Adnan Semp-It (2010), Adnan Sempit 2 (2012), Adnan Sempit 3 (2013) dan Adnan Sempit Sawadikap (2014).[1] Kesemua filem dalam siri filem ini diterbitkan oleh David Teo. Hanya filem pertama yang diarahkan oleh Ahmad Idham manakala filem-filem berikutnya diarahkan oleh Ismail Bob Hashim.

Adnan Sempit
Logo siri filem Adnan Sempit
PengarahAhmad Idham (Adnan Semp-It)
Ismail Bob Hashim
Dihasilkan olehDavid Teo
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
Masa tayangan
425 Minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Pecah panggungRM 21.17 Juta

Siri filem ini merupakan siri filem ketiga dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman. Filem Adnan Semp-It merupakan filem Malaysia pertama yang mencecah takat kutipan RM 7 juta di pawagam-pawagam tempatan dan mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama sembilan bulan.

Filem sunting

Adnan Semp-It sunting

 
Shaheizy Sam membintangi kesemua empat siri filem Adnan Sempit.

Adnan Semp-It ialah sebuah filem bertemakan aksi komedi arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 14 Januari 2010. Filem yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Samsudin ini merupakan filem yang mengupas budaya mat rempit atau samseng jalanan di Malaysia secara santai.

Filem ini diibaratkan sebagai parodi filem Remp-It yang diarahkan oleh pengarah yang sama (filem V3 Samseng Jalanan ialah sekuel Remp-it).

Adnan Sempit 2 sunting

Adnan Sempit 2 merupakan sebuah filem genre komedi aksi yang ditayangkan pada 23 Februari 2012 arahan Ismail Bob Hashim dan merupakan filem Adnan Sempit pertama arahan beliau.

Adnan Sempit 3 sunting

Adnan Sempit 3 ialah filem Malaysia yang merupakan kesinambungan dari filem Adnan Semp-It dan Adnan Sempit 2. Filem ini ditayangkan pada tahun 2013.

Adnan Sempit Sawadikap sunting

Adnan Sempit Sawadikap ialah filem aksi komedi Malaysia arahan Ismail Bob Hashim.

Tenaga kerja sunting

Pelakon sunting

Watak Filem
Adnan Sempit
(2010)
Adnan Sempit 2
(2012)
Adnan Sempit 3
(2013)
Adnan Sempit Sawadikap
(2014)
Adnan Shaheizy Sam
Bobby Along Cham
Nadia Intan Ladyana
Wawa Yana Samsudin
Ismat Angah Raja Lawak
Macha Cat Farish
Ika Julia Hana
Dato’ Ithnin Ahmad Tarmimi Siregar
Datin Mas Aznah Hamid
Shuk Shuk Balas
Zita Shima Anuar
Catatan: Sel kelabu terang menunjukkan watak tersebut tidak muncul dalam filem.

Kru sunting

Kru Filem
Adnan Sempit
(2010)
Adnan Sempit 2
(2012)
Adnan Sempit 3
(2013)
Adnan Sempit Sawadikap
(2014)
Pengarah Ahmad Idham Ismail Bob Hashim
Penerbit David Teo
Penulis Panel MIG
Aranina Zulfra
Panel MIG
Tommy CT Loh
Panel MIG
Muzik Brian Ng
MIG Sound Factory
Sinematografi Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin R. Devan
Penolong Pengarah Razali Mohd Talib
Khalid Nazri
Ismail Bob Hasim
Eoon Suhaini
Hadith Omar
Ahmad Rusli Khadri
Syarikat penerbitan Metrowealth Movies Production
Tarikh keluaran 14 Januari 2010 23 Februari 2012 8 Ogos 2013 7 Ogos 2014
Tempoh masa 95 minit 90 minit

Sambutan sunting

Filem Tarikh tayangan Kutipan Bajet
Adnan Semp-It 14 Januari 2010 RM 7.66 juta RM 1.50 juta
Adnan Sempit 2 23 Februari 2012 RM 6.82 juta Tidak Diketahui
Adnan Sempit 3 8 Ogos 2013 RM 3.94 juta RM 1.82 juta
Adnan Sempit Sawadikap 7 Ogos 2014 RM 1.27 juta Tidak Diketahui
Jumlah RM 21.17 Juta RM 5.04 Juta

Rujukan sunting

Pautan luar sunting