Adnan Sempit 3 ialah filem komedi aksi Malaysia 2013 diarahkan oleh Ismail Bob Hasim dan ditayangkan pada 8 Ogos 2013. Filem ini merupakan kesinambungan dari filem Adnan Semp-It (2010) dan Adnan Sempit 2 (2012).[1][2] Dibintangi oleh Shaheizy Sam, Along Cham, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Angah Raja Lawak dan Shima Anuar, ia mengisahkan tentang kehidupan pasangan Adnan dan Nadia, dan juga Bobby dan Wawa selepas berumah tangga.[3]

Adnan Sempit 3
Poster keluaran tayangan
PengarahIsmail Bob Hashim
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
SinematografiAreel Abu Bakar
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 8 Ogos 2013 (2013-08-08) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.82 Juta
Pecah panggungRM 3.94 Juta

Sinopsis sunting

Kisah penuh ranjau antara pasangan Adnan (Shaheizy Sam) dan Nadia (Intan Ladyana) juga Bobby (Along Raja Lawak) dan Wawa (Yana Samsudin) akhirnya bertemu jalan indah, apabila mereka berkahwin dengan pasangan masing–masing. Pelbagai persediaan yang telah mereka lakukan untuk menjadikan malam pertama mereka berjalan dengan lancar, bermacam–macam cara dan petua yang digunakan oleh mereka sehingga menimbulkan kelucuan.Masalah mulai berlaku apabila Nadia dan Wawa bersama–sama didapati mengandung. Sehubungan itu, Adnan turut mengalami alahan yang teruk akibat kehamilan isterinya. Sementara itu, Bobby pula menghadapi masalah kewangan untuk membiayai kos isterinya bersalin. Nadia asyik moody dan baran sepanjang tempoh ianya mengandung juga menjejaskan hubungannya dengan Adnan yang merasakan dirinya terpinggir.Masalah mula bertambah besar apabila Adnan dihantar ke Melaka bagi pihak bapa mertuanya, untuk menguruskan kerja–kerja pra-pelaburan yang berkaitan dengan pengeluaran mee segera (Mamee) bapa mertuanya, Dato’ Ithnin (Dato’ Tarmimi Siregar) dengan sebuah kilang. Kilang yang sama, Adnan telah berkenalan dengan Zita (Shima Anuar) seorang gadis yang mempunyai minat yang sama dalam sukan permotoran. Adnan dan Zita banyak meluangkan masa bersama sehingga menjadikan hubungan Adnan dan Nadia renggang. Nasib malang yang sama juga menimpa Bobby, apabila dia terpaksa menginkari janjinya pada Wawa dan melibatkan diri dalam perlumbaan haram untuk mendapatkan wang bagi membiayai kos rawatan isterinya. Apabila perbuatan  itu telah diketahui Wawa, wanita itu turuy memberikan kata putus untuk berpisah dengannya.

Pelakon sunting

Penerbitan sunting

Adnan Sempit 3 diarahkan oleh Ismail "Bob" Hasim dan merupakan filem Adnan Sempit kedua arahan beliau. Filem ini juga menjadi filem Adnan Sempit terakhir yang dibintangi oleh Angah Raja Lawak.

Keluaran dan sambutan sunting

Adnan Sempit 3 ditayangkan pada 8 Ogos 2013 sempena Hari Raya Aidilfitri dengan kejayaan kritikan popular dan berjaya meeraih kutipan pecah panggung sebanyak RM 2.3 juta selepas 6 hari tayangan. Menurut portal berita Astro Awani, Adnan Sempit 3 dilanjutkan tempoh tayangannya selama tiga minggu berikutan sambutan hangat yang diterima.[4][5]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Roni Hidayat Ridwan (8 Ogos 2013). Cerita kahwin Adnan Sempit 3 Kosmo!. Dicapai pada 8 Ogos 2013.
  2. ^ Adnan Sempit Kembali Lagi! Oh! Bulan. Dicapai pada 15 Ogos 2013.
  3. ^ Filem Adnan Sempit 3 (2013) mcentralmy. Dicapai pada 24 Jun 2023.
  4. ^ ADNAN SEMPIT 3 KUTIP RM2.3 JUTA SELEPAS ENAM HARI TAYANGAN[pautan mati kekal] Media Hiburan. Diperoleh pada 15 Ogos 2013.
  5. ^ http://www.yusufultraman.com/2013/08/kutipan-filem-adnan-sempit-3-4-hari.html

Pautan luar sunting