Tan Sri Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob (lahir 18 April 1950) merupakan Menteri Besar Pahang ke-13.


Adnan Yaakob

PSM; SDSA, SSAP (Pahang); DGSM (Melaka);
DSAP (Pahang)
Menteri Besar Pahang ke-13
Dalam jawatan
Mei 1999 – 14 Mei 2018
RajaSultan Ahmad Shah
Didahului olehMohd Khalil Yaakob
Digantikan olehWan Rosdy Wan Ismail
Ahli Dewan Negeri Pahang
untuk Pelangai
Dalam jawatan
3 Ogos 1986 – 14 Oktober 2022
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehJohari Harun
Majoriti2,970 (2008)
2,475 (2013)
2,312 (2008)
Butiran peribadi
Lahir (1950-04-18) 18 April 1950 (umur 73)
Bentong, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KerakyatanMalaysia
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganPuan Sri Datin Sri Diraja Junaini Kassim
Alma materUniversiti Malaya
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
PekerjaanGuru

Kehidupan awal sunting

Beliau dilahirkan di Bentong, Pahang. Beliau mendapat pendidkan awal di Sekolah Rendah Sulaiman dan Sekolah Menengah Sulaiman. Beliau mengambil peperiksaan STPM sebagai calon persendirian dan kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1972-1975. Kemudian beliau menyambung mengambil Diploma Pendidikan di universiti yang sama sehingga tahun 1977. Beliau telah dianugerahkan doktor kehormat dari universiti Yarmouk, Jordan.[1]

Kerjaya sunting

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong pada tahun 1969 sebelum menyambung pengajian pada 1972. Kemudian beliau meneruskan perkhidmatan sebagai guru sehingga mengambil keputusan berhenti untuk menjadi ahli politik sepenuh masa pada tahun 1985. Pada tahun 1986, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 di DUN Pelangai mengalahkan calon DAP.

Politik sunting

Beliau yang menyertai UMNO pada tahun 1969, telah memegang pelbagai jawatan antaranya Ketua Pemuda Bahagian Bentong dan Ketua UMNO Bahgian Bentong pada 1987. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999, menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu. Kemudian pada 27 Mac 2004, beliau dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang bagi penggal kedua.

Keluarga sunting

Beliau berkahwin dengan Puan Sri Datin Sri Diraja Junaini binti Kassim yang lahir pada (1958-09-19) 19 September 1958 (umur 65) dan dikurniakan empat orang anak.

Susur Galur sunting

Beliau dikatakan waris yang ke-13 kepada Tun Seri Lanang, Bendahara Johor dan pengarang Sulalatus Salatin.[2]

Pengiktirafan sunting

Beliau telah menerima pengiktirafan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) pada 16 Oktober 2017. Majlis pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim di Hotel Zenith, Kuantan.[3]

Rujukan sunting

Lihat juga sunting

Didahului oleh
Mohd Khalil Yaakob
Menteri Besar Pahang
1999-2018
Diikuti oleh:
Wan Rosdy Wan Ismail