Adolf Lu Hitler Marak

Adolf Lu Hitler R. Marak merupakan seorang ahli politik di negeri Meghalaya, India.

Beliau seorang ahli Parti Kongres Nasionalis. Beliau pernha menjawat sebagai Menteri Kehutanan dan Alam Sekitar dalam kerajaan E.K. Mawlong dan selepas itu menjadi Menteri Kerjasama di bawah F.A. Khonglam.

Beliau gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negerinya dalam pilihanraya Februari 2003.

Pada 27 Jun 2003, beliau ditahan dengan tuduhan berhubungan dengan kumpulan ketenteraan haram Majlis Sukarelawan Nasional Achik[1]. Beliau diikat jamin selepas kira-kira sebulan.

Di Meghalaya bukan saja namanya yang luar biasa, kerana terdapat juga ahli politik lain yang bernama Lenin R. Marak, Stalin L. Nangmin, Frankenstein W. Momin, dan Tony Curtis Lyngdoh. Hitler Marak memberitahu Hindustan Times: "Mungkin ibu bapa saya sukakan nama ini dan menamakan saya Hitler... Saya berasa gembira dengan nama saya, meskipun saya tiada ada apa-apa kecenderungan diktatorial."

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-04. Dicapai pada 2008-03-27.

Pautan luar sunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.