Epinefrina

hormon dan ubat
(Dilencongkan dari Adrenalin)

Epinefrina (juga dikenali sebagai adrenalina, adrenalin, atau β,3,4-trihidroksi-N-metilfenetilamina) ialah sejenis hormon dan neurotransmiter.[1] Epinefrina dan norepinefrina merupakan dua hormon berbeza tetapi berkaitan yang dirembes oleh medula kelenjar-kelenjar adrenal. Kedua-duanya juga dihasilkan pada penghujung gentian saraf simpatetik, tempat hormon-hormon tersebut digunakan sebagai pengantara kimia untuk membawa impuls saraf kepada organ efektor.[2] Penyiasatan farmakologi bagi epinefrina membuat sumbangan besar kepada pemahaman sistem autonomi dan fungsi sistem simpatetik. Epinefrina kekal sebagai ubat berguna untuk beberapa petanda kecemasan. Ini oleh sebab ada tindakan tidak spesifiknya terhadap adrenoreseptor dan perkembangan berbilang ubat terpilih ikutan yang menyasarkan subjenis adrenoreseptor. Perkataan adrenalin digunakan secara umum untuk menandakan pengaktifan meningkat bagi sistem simpatetik yang berhubung kait dengan tenaga dan keterujaan gerak balas lari atau lawan.[3][4] Pengaruh adrenalina terutamanya terhad kepada kesan metabolisme dan kesan bronkodilasi terhadap organ-organ yang tidak berpenyarafan simpatetik terus.[5][6]

Epinefrina
Formula rangka bagi adrenalina
Model bola dan batang bagi molekul adrenalina
Data klinikal
AHFS/Drugs.comMonograph
Data lesen
Liabiliti
ketagihan
Tiada
Kaedah
pemberian
IV, IM, endotracheal, IC, hidung, mata
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
  • AU: S4 (Preskripsi sahaja)
  • UK: POM (Preskripsi sahaja)
  • AS: OTC
Data farmakokinetik
Metabolismesinaps adrenergik (MAO dan COMT)
Penyingkiran separuh hayat2 minit
PerkumuhanAir kencing
Pengecam
  • (R)-4-(1-Hidroksi-2-(metilamino)etil)benzena-1,2-diol
Nombor CAS
PubChem CID
IUPHAR/BPS
DrugBank
ChemSpider
UNII
KEGG
ChEBI
ChEMBL
Ligan PDB
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.000.090 Sunting ini di Wikidata
Data kimia dan fizikal
FormulaC9H13NO3
Jisim molar183.204 g/mol
Model 3D (JSmol)
  • Oc1ccc(cc1O)[C@@H](O)CNC
  • InChI=1S/C9H13NO3/c1-10-5-9(13)6-2-3-7(11)8(12)4-6/h2-4,9-13H,5H2,1H3/t9-/m0/s1 ☑Y
  • Key:UCTWMZQNUQWSLP-VIFPVBQESA-N ☑Y
  (verify)

Dalam istilah kimia, epinefrina merupakan salah satu daripada sekelompok monoamina yang dipanggil katekolamina. Epinefrina dihasilkan di dalam sesetengah neuron dalam sistem saraf pusat, dan di dalam sel kromafin pada medula adrenal daripada asid-asid amino fenilalanina dan tirosina.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ Templat:Petik pmid
  2. ^ epinephrine and norepinephrine. (2009). Encyclopædia Britannica. Encyclopædia Britannica 2009 Deluxe Edition. Chicago, Amerika Syarikat: Encyclopædia Britannica.
  3. ^ Editorial (1982). "Stress, hypertension, and the heart: the adrenaline trilogy". Lancet. 2: 1440–1441.
  4. ^ Pearce., JMS (2009). "Links between nerves and glands: the story of adrenaline". Advances in Clinical Neuroscience & Rehabilitation. 9: 22–28.
  5. ^ Celander, O (1954). "Celander O. The range of control exercised by the "sympathico-adrenal system"". Acta Physiol Scand. 32: uppl 16.
  6. ^ Warren, JB (1986). "The adrenal medulla and the airway". Br J Dis Chest. 80 (1): 1–6. doi:10.1016/0007-0971(86)90002-1. PMID 3004549.
  7. ^ von Bohlen und Halbach, O; Dermietzel, R (2006). Neurotransmitters and neuromodulators: handbook of receptors and biological effects. Wiley-VCH. m/s. 125. ISBN 978-3-527-31307-5.

Rujukan umum sunting

  • Boron WF, Boulpaep EL (2005). Medical Physiology: A Cellular And Molecular Approach. Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat: Elsevier/Saunders. ISBN 1-4160-2328-3. OCLC 56191776.
  • Voet D, Voet J (2004). Biochemistry (ed. 3rd). Amerika Syarikat: Wiley. ISBN 0-471-19350-X. OCLC 154657578.

Pautan luar sunting

Templat:Adrenergik