Adrenalin ialah album studio kedua Faizal Tahir sepanjang kerjayanya dalam bidang nyanyian dan rakaman muzik. Album ini keluar terdahulu dalam bentuk album mini muat turun digital di perkhidmatan muzik Internet dan mudah alih terpilih pada akhir tahun 2009, sementara menunggu lagu-lagu lain untuk album selengkapnya. Akhirnya, album Adrenalin telah siap dan dikeluarkan dalam bentuk CD lengkap pada 11 Mac 2010, terbitan Monkey Bone Records.

Adrenalin
Album studio oleh Faizal Tahir
Dikeluarkan padaDisember 2009 (digital, separuh siap)
11 Mac 2010 (CD, lengkap)
Dirakam pada2009 – 2010
GenreRock, Balada
SyarikatMonkey Bone Records
PenerbitAudi Mok, Faizal Tahir, Ahmad Izham Omar, Lam Swee Kim, Jacynta Au - Yong
Kronologi Faizal Tahir
Aku.Muzik.Kamu
(2007)
Adrenalin
(2010)
Faizal Tahir
(2013)
Single daripada album Adrenalin
  1. "Bencinta"
    Dikeluarkan pada: 2009
  2. "Selamat Malam"
    Dikeluarkan pada: 2009
  3. "Adrenalin"
    Dikeluarkan pada: 2010
  4. "Hanyut"
    Dikeluarkan pada: 2010
  5. "Karma"
    Dikeluarkan pada: 2011

Album ini menerima pencalonan Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-17 yang diadakan pada Mei 2010. Bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa tempoh kelayakan album untuk AIM17 adalah keluaran 1 Januari hingga 31 Disember 2009, maka timbulnya kemusykilan sesetengah pihak mengenai kelayakan album ini. Faizal membalas kemusykilan itu dengan keluaran digital awal-awal sebagai penjelasan.

Senarai RunutSunting

# Lagu Masa Komposer dan Penulis Lirik
1 "Adrenalin" 3:16 Audi Mok, Faizal Tahir
2 "Superhero" 3:05
3 "Selamat Malam" 4:04
4 "Karma" 4:13
5 "Hanyut" 3:55
6 "Bencinta" 4:09
7 "Muzik" 3:20
8 "Semesta" 3:53
9 "Semesta (Extended)" 3:08
10 "Hanyut (Akustik)" 3:32 Jamie Wilson

ProduksiSunting

Album ini diterbitkan oleh Audi Mok dari re:PLAY Music Sdn. Bhd., juga sebagai penyusun, perakam, dan penggubah. Ini juga merupakan album terbitan bersama Faizal Tahir sendiri. Penerbit eksekutif untuk album ini ialah Ahmad Izham Omar, Lam Swee Kim, dan Jacynta Au - Yong dari Monkey Bone.

Album ini telah menjalani proses rakaman dan mixing di FUSE, Petaling Jaya, Malaysia. Jurutera rakaman bantuan termasuklah Wong Seng Jinn, Wong Chee Meng, Jessica Chong, Li On, dan Freddy Nee, semua dari FUSE. Pam Yuen dan Shazee Ishak bertindak selaku pembantu produksi bersama Nikki Palikat sebagai pemberi tajuk kepada lagu dan jurutera mastering, Nick Lee dari The Ark Studios, Kuala Lumpur, Malaysia.

AnugerahSunting

Tahun Anugerah Kategori Karya Tercalon Keputusan
2009 Anugerah Juara Lagu Terbuka Bencinta Menang
Tempat Ketiga
2010 Anugerah Industri Muzik Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki) Dicalonkan
Lagu Rock Terbaik Dicalonkan
Album Rock Terbaik Menang
Album Terbaik Menang
Anugerah Juara Lagu Terbuka Selamat Malam Dicalonkan
Hanyut Menang
Persembahan Terbaik
2011 Anugerah Planet Muzik Artist Lelaki Terbaik Menang
Lagu Terbaik Malaysia Hanyut Dicalonkan
Anugerah Industri Muzik Video Muzik Terbaik Karma Dicalonkan
Anugerah Juara Lagu Terbuka Menang
Tempat Ketiga

RujukanSunting