Adrian Lamo adalah seorang juruanalisis ancaman, penggodam serta pemberi maklumat kerajaan. Beliau dikatakan mampu memecah masuk ke dalam tapak web The New York Times, Yahoo! News, dan Microsoft. Namanya dikaitkan dengan pembocoran dokumen Perang Afghanistan oleh tapak web WikiLeaks serta pendedahan video serangan helikopter di Baghdad 12 Julai 2007.[2]

Adrian Lamo
Adrian Lamo s. 2001
Kelahiran1981
Meninggal dunia2018
WarganegaraColombia-Amerika Syarikat
Nama lainAdrián Lamo, R. Adrián Lamo
PekerjaanJuruanalisis ancaman, wartawan
Terkenal keranaHackers Wanted, The Screen Savers
PasanganLauren Lamo (berpisah)[1]
Ibu bapaMario Lamo dan Mary Lamo-Atwood
Laman web rasmihttp://users.resist.ca/~adrian/

Awal kehidupan sunting

Lamo dilahirkan pada 1971 di Boston , Massachusetts. Ibu bapanya Mario Lamo dan Mary Lamo-Atwood .Masa kecilnya berada di Arlington, Virginia dan kemudian pindah ke Bogota, Colombia sekitar usia 10. Keluarganya berpindah kembali ke Amerika Syarikat dua tahun kemudian. Mereka menetap di San Francisco.

Lamo menghabiskan masa dengan berjongkok di bangunan terbengkalai dan ke kafe Internet, perpustakaan dan universiti untuk menyiasat rangkaian. Lamo menolak untuk menerima bayaran atas jasanya. Selama tempoh ini dia mengambil amfetamin.

Kegiatan dan teknik sunting

Pada tahun 2004, Lamo dijatuhi hukuman enam bulan tahanan rumah di rumah orang tuanya. Dia diperintahkan membayar $65.000 pada restitusi. Dia dihukum kerana menceroboh keselamatan The New York Times, Microsoft, Yahoo!, dan MCI WorldCom. Dia dituduh mencari glamor melalui aktiviti jahat.

Kontrroversi DNA sunting

Lamo enggan menyerahkan sampel darah DNA pada 9 Mei 2006. Tetapi dia rela memberi cebisan kuku, rambut dan tidak DNa dalam bentuk darah. Ini kerana ia bertentangan dengan agama - sesiapa yang menumpahkan darah manusia. Darahnya akan ditumpahkan.(Kejadian 9:6).

Wikileaks dan Bradley Manning sunting

Pada bulan Jun 2010, Adrian Lamo melaporkan kepada pihak berkuasa US Army yang Spesialis Bradley Manning telah membocorkan maklumat sulit kepadanya. Lamo juga mendakwa bahawa Manning mengaku padanya telah memberikan rakaman video Serangan baghdad 12 Julai 2007 di Iraq kepada Wikileaks. Beliau telah menghubungi pegawai keselamatan Chet Uber pada Jun 2010 dan memberitahu tentang maklumat itu. Tindakannya itu menyebabkan dia dikecam oleh hacker lain. [3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Biography for Lauren Lamo". Internet Movie Database. Dicapai pada 20 April 2010.
  2. ^ Kevin Poulsen; Kim Zetter (6 Jun 2010). "U.S. Intelligence Analyst Arrested in Wikileaks Video Probe". Wired. Dicapai pada 7 Jun 2010.
  3. ^ Meet the man who helped Lamo turn in Manning, the Wikileaker