Adriana Adnan

Pengacara dan pelakon Malaysia

Adriana binti Adnan (lahir 6 Februari 1995, kadangkala dikreditkan sebagai Adriana Adnan)[1] merupakan seorang pengacara televisyen dan pelakon wanita Malaysia, dan merupakan anak kepada Zamzarina Zambri, pengacara dan penyampai berita RTM.[2] Beliau terkenal sebagai pengacara rancangan hLive di Astro Ria dan juga terkenal dengan peranan televisyen termasuk sebagai Jannah dalam Suri Hati Mr. Pilot (2016) dan sebagai Farhana dalam Lafazkan Kalimah Cintamu (2018).[3]

Adriana Adnan
Kelahiran
Adriana binti Adnan

(1995-02-06) 6 Februari 1995 (umur 29)
Nama lainAdriana Adnan
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPengacara, pelakon
Tahun aktif2015–kini
PasanganHarez Hazim Hazrin (k. 2019)
Ibu bapa

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan pada 6 Februari 1995 di Kuala Lumpur, Adriana ialah anak sulung daripada tiga beradik dan merupakan anak perempuan tunggal serta mempunyai dua adik lelaki, Adam dan Alif.[1] Ibunya, pengacara TV terkenal Datin Zamzarina Zambri telah mempengaruhi beliau menjadi seorang pengacara TV.[4][5] Bapanya, Adnan Derahman merupakan pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau merupakan lulusan Diploma Perakaunan di UiTM kampus Tapah, Perak dan peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di universiti sama di kampus Shah Alam, Selangor.[1]

Kerjaya sunting

Mewarisi bakat pengacaraan daripada ibunya, Adriana memulakan kerjaya penyiarannya dengan menyertai rancangan Pencarian Wajah Baharu HLive! di mana beliau terpilih menjadi wartawan lokasi dan pengacara bersama Donna Muslim.[1] Sejak 2016, beliau merupakan salah seorang pengacara rancangan hiburan Astro Ria, HLive!. Adriana juga pernah mengacarakan rancangan Lawak Pagi bersama Abam Bocey di Astro Warna.

Kerjaya lakonannya bermula sebaik sahaja ditawarkan berlakon dalam drama adaptasi novel karya Dyla Dyna, Suri Hati Mr. Pilot lakonan Fattah Amin dan Neelofa, di mana beliau memegang watak Jannah.[6] Beliau seterusnya memegang watak antagonis dan penggoda sebagai Zehra dalam Urusan Hati Cik Drama Queen yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya dan Aiman Hakim Ridza.[7]

Selain itu, beliau juga pernah muncul dalam muzik video "Pematah Hati" nyanyian Nabila Razali. Adriana mencapai kejayaan meluas dalam bidang lakonan dengan berlakon di samping Farid Kamil dan Nelydia Senrose dalam drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah, Lafazkan Kalimah Cintamu yang mana beliau menjayakan watak Farhana, rakan karib Tengku Aqilah lakonan Nelydia.[8] Beliau berkata dalam temuramah bersama Harian Metro: "Ini drama paling panjang pernah saya jayakan setakat ini iaitu 32 episod. Saya tertarik dengan jalan ceritanya yang diadaptasi daripada novel popular. Ada beberapa babak saya perlu bermain dengan emosi,"[2]

Adriana menjadi pelakon utama dalam drama fantasi Seribu Nina yang disiarkan di platform penstriman, Viu yang mana beliau memegang 8 watak sekaligus.[9]

Kehidupan peribadi sunting

Adriana mempunyai seramai 100, 000 pengikut di akaun Instagram beliau dan kerap berkongsi maklumat mengenai kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon. Selain itu, beliau juga bergiat aktif dalam sukan kickboxing.[1]

Adriana mengikat tali pertunangan dengan Harez Hazim Hazrin pada 15 Disember 2018.[10][11] Pasangan ini berkahwin pada 31 Ogos 2019, iaitu bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-62.[12]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Dato' Ai La Beau Ad Filem pertama
2023 Merewang Keluarga Pak Awang Usu

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Pencarian Wajah Baharu HLive! Wartawan lokasi Astro Ria
2016–2022 hLive Pengacara
2017 AM Live
PM Live
Lawak Pagi Dirinya sendiri Astro Warna
2021 Rahsia Rasa Pengacara TV3
2022 Sembang Ka-Ching! Berita RTM
Sepahtu Reunion Live Astro Warna Artis Jemputan: Episod: "Amanah Dikhianati"
2023–kini Helo Doktor Pengacara TV3
2023 Sepahtu Reunion Al-Puasa Doktor Wati Astro Warna Artis Jemputan: Episod: "Manisnya Sebuah Kemaafan"

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Suri Hati Mr. Pilot Jannah Astro Ria
2017 Urusan Hati Cik Drama Queen Zehra
2018 Lafazkan Kalimah Cintamu Farhana
2021 Alif Ba Ta Puteri Awesome TV
Bila Hati Berbisik Natasha TV Okey
2022 Seribu Nina Nina Viu
Suri Hati Suraya TV3
Aku Seorang Perempuan Emira TV9
2023 Jack Yusof Suzy Astro Ria
Journal Sara-haeyo Madam Jia Viu

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Suri Hati Mr. Pilot Raya Jannah Astro Ria
Jula Juli Bintang Cinta Juli Astro Citra
Jula Juli Bintang Putus Cinta
2022 Obses Mira

Videografi sunting

Muzik video sunting

Tahun Tajuk Penyanyi
2017 "Pematah Hati" Nabila Razali

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Azlan Jusoh (6 April 2017). "Biodata Adriana Adnan". Azhan.co. Dicapai pada 22 Jun 2018.
  2. ^ a b Najiy Jefri (18 Februari 2018). "Adriana hadkan lakonan". Harian Metro. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  3. ^ Najiy Jefri (27 Januari 2017). "Ikut pesan mama". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-19. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  4. ^ Arina Azlan (31 Oktober 2016). "Cabang rezeki Adriana". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 22 Jun 2018.
  5. ^ Kolaborasi Sejiwa Ibu, Anak Diarkibkan 2019-09-01 di Wayback Machine Utusan Malaysia (16 Mei 2017). Dicapai pada 3 September 2017. Melaui laman web rasmi RTM.
  6. ^ Suziana Abu Daid (11 Februari 2017). "Suri Hati Mr. Pilot lonjak nama Adriana Adnan". Karangkraf. Dicapai pada 22 Jun 2018.
  7. ^ Kamaruddin Razal (2 Februari 2017). "Adriana Adnan goda Aiman Hakim Ridza". Astro Gempak. Dicapai pada 19 Jun 2018.
  8. ^ Zulhilmi Jalil (16 Januari 2018). "Drama papar derita anak disisih keluarga". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 6 Mei 2018.
  9. ^ Georgie Joseph (23 Jun 2022). "Adriana kian mekar". Harian Metro. Dicapai pada 10 Ogos 2022.
  10. ^ Zaidi Mohamed (15 Disember 2018). Adriana selamat bertunang dengan pilihan hati Berita Harian. Dicapai pada 28 Disember 2018.
  11. ^ Zulaikha Yusof (17 Disember 2018). Kenal tunang menerusi rakan baik, Adriana Adnan bakal nikah 31 Ogos 2019 Astro Gempak. Dicapai pada 28 Disember 2018.
  12. ^ Zaidi Mohamad (31 Ogos 2019). Adriana sah bergelar isteri Berita Harian. Dicapai pada 1 September 2018.

Pautan luar sunting