Advanced Systems Format

Advanced Systems Format dulunya bernama Advanced Streaming Format dipendekkan ASF adalah sebuah kaedah untuk mengalirkan ( streaming ) data multimedia (audio, video, atau gambar) yang disokong oleh Windows Media Player. Sebuah stream ASF boleh menggabungkan antara beberapa jenis data, mulai dari audio, video, gambar, URL, dan skrip. Dengan menggunakan Windows Media Encoder, sebuah pelayan boleh membuat stream ASF yang mengandungi audio serta video. Dengan utiliti yang sama pula, pengguna boleh membuat stream ASF yang terlebih dahulu disimpan di dalam media simpanan tempatan, sebelum akhirnya dialirkan melalui rangkaian. Perkhidmatan yang dapat menyokong pengaliran stream ASF berupa Microsoft NetShow Server dan Microsoft Windows Media Services. Dua perkhidmatan tersebut boleh melakukan penghantaran secara unicast (one-to-one) dan multicast (one-to-many).


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.