Advertising Age (atau AdAge) ialah majalah Amerika yang membekalkan berita, analisis, dan data tentang pemasaran dan media. Majalah itu bermula sebagai suatu akhbar terbitan lebar sehelai di Chicago pada 1930. Pada hari ini, kandungannya juga muncul dalam bentuk mingguan cetak yang diedarkan di seluruh dunia, termasuk juga dalam banyak wadah elektronik, termasuk:

  • AdAge.com, yang juga menonjolkan sebuah kedai buku dalam talian serta sebilangan blog, dengan sesetengah blog itu dicipta oleh pasukan penyunting terbitan dan yang lain, seperti Small Agency Diary dicipta oleh komuniti Ad Age. Antara penulis ruangnya yang terkenal ialah Simon Dumenco dengan nama pena "Media Guy";
  • surat berita e-mel harian Ad Age Daily, Ad Age Mediaworks, dan Ad Age Digital;
  • surat berita mingguan seperti Madison & Vine (tentang hiburan jenama) dan Ad Age China;
  • podkas yang dikenali sebagai Why It Matters; dan
  • pelbagai video.
Advertising Age
Advertising Age - 13 Ogos 2007
EditorUnited Kingdom Jonah Bloom
KategoriPengiklanan
KekerapanSetiap minggu
Isu pertama1930
SyarikatCrain Communications Inc.
Negara Amerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Laman webadage.com

Pasukan editor AdAge berpusat di Bandaraya New York, manakala syarikat induknya, Crain Communications, berpusat di Detroit. Crain Communications ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang menerbitkan melebihi 30 majalah.

Pautan luar sunting